Awam Kerajaan Warga JAWHAR

MoU JAWHAR-MUIM

PUTRAJAYA –  JAWHAR telah menandatangani  Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Majlis Universiti Islam Malaysia (MUIM) pada 20 November 2013 bertempat di Hotel Marriot, Putrajaya. Sesi MoU ini diadakan pada jam 10.15 pagi. YBhg. Datuk Haji Anan bin C Mohd dan Tn. Hj. Mohd Bakri bin Ibrahim telah menandatangani MoU tersebut bagi pihak JAWHAR sambil disaksikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Sri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

MoU ini bertujuan menjalin kerjasama pintar dengan pusat kecemerlangan dalam bidang latihan dan penyelidikan institusi wakaf, zakat, mal dan haji di Malaysia dan peringkat global. Skop MoU ini akan tertumpu kepada kerjasama dalam aktiviti latihan dan penyelidikan bidang wakaf, zakat, mal dan haji di Malaysia. Skop dibahagikan kepada dua komponen berikut:

Bidang Latihan

(a)           Bekerjasama untuk meningkatkan kualiti pengurusan institusi-institusi  wakaf, zakat, mal dan haji di Malaysia melalui program latihan pengurusan profesional yang akan dianjurkan;

(b)           Bekerjasama untuk membangunkan silibus dan modul subjek wakaf, zakat, mal dan haji yang akan dicadangkan untuk diguna pakai di mana-mana institusi berkaitan di Malaysia;

(c)           Bekerjasama untuk menyebarluaskan bahan-bahan pendidikan dan latihan mengenai wakaf, zakat, mal dan haji  dan pengurusannya melalui penerbitan yang dibuat oleh Pihak-Pihak;

(d)           Bekerjasama untuk menganjurkan pelbagai seminar, persidangan, bengkel, simposium, forum dan seumpamanya dari semasa ke semasa berkenaan dengan tajuk-tajuk dan isu-isu wakaf, zakat, mal dan haji yang menyentuh kepentingan umat Islam sama ada di Malaysia  mahu pun di peringkat global; dan

(e)           Bekerjasama untuk mengadakan program pertukaran kakitangan antara Pihak-Pihakdalam melaksanakan program latihan yang dianjurkan.

Bidang Penyelidikan

(f)            Bekerjasama untuk melaksanakan program penyelidikan berkaitan wakaf, zakat, mal dan haji dan isu-isu kontemporari di peringkat serantau dan global;

(g)           Bekerjasama untuk menubuhkan kumpulan penyelidik khusus mengenai wakaf, zakat, mal dan haji (special interest group) untuk mengkaji isu-isu zakat, wakaf, mal dan haji yang memerlukan penumpuan berterusan;

(h)           Bekerjasama untuk mewujudkan program pertukaran Penyelidik Pelawat di antara Pihak-Pihak; dan

(i)             Bekerjasama untuk menerbitkan dan menyebarkan hasil-hasil penyelidikan melalui penerbitan jurnal dan makalah.

MoU ini akan berkuatkuasa bagi tempoh lima tahun dan boleh diperbaharui selepas tamat. Majlis berakhir pada jam 10.35 pagi.

Disediakan oleh : Bahagian Penyelidikan dan Penyelarasan

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 25 November, 2020 @ 5:01 PM
Top