Awam Kerajaan Warga JAWHAR

BENGKEL SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN BAGI JAWHAR SEBAGAI AHLI MKSU

Pada 21 September seramai lapan orang pegawai JAWHAR yang diketuai oleh Tn. Hj. Mohd Bakri bin Ibrahim Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa (PKA) telah menyertai Bengkel Siasatan dan Penguatkuasaan anjuran Bahagian Pelesenan Pelancongan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK). Bengkel anjuran KPK ini diadakan di Hotel New York Johor Bharu Johor selama 3 hari 2 malam. Peserta-peserta adalah terdiri daripada Bahagian Pelesenan Pelancongan KPK dari seluruh Negara dan JAWHAR. Bengkel ini bertujuan untuk memantapkan kefahaman para peserta berhubung pelbagai Akta Industri Pelancongan 1992.

 

JAWHAR dijemput untuk menghadiri bengkel ini secara khususnya bagi melayakkan penurunan kuasa oleh YB Menteri Pelancongan kepada pegawai-pegawai JAWHAR di bawah seksyen 40 Akta Industri Pelancongan (AIP)1992 dengan diberi kad kuasa bagi melaksanakan siasatan terhadap syarikat pengendali pakej umrah yang disyaki melakukan pelanggaran terhadap AIP 1992. Hal ini juga selaras dengan penubuhan  Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU)  oleh Kerajaan yang diketuai oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia pada 28 Ogos 2014 dan dianggotai oleh JAWHAR.

 

Pada awal bengkel para peserta telah diberi penjelasan oleh pegawai Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan berkaitan tajuk Integriti Pegawai Penguatkuasaan di bawah Akta 700. Setelah itu para peserta bengkel telah didedahkan dengan Pengenalan kepada Akta Industri Pelancongan 1992, Peraturan-peraturan, Kuasa Siasatan dan Kesalahan di bawah AIP. Selain itu SOP Manual Penguatkuasaan dan Siasatan serta Pengurusan Tempat Kejadian juga ditekankan di samping latihan dalam kumpulan bagi menyelesaikan  sesuatu kes mengikut seksyen-seksyen yang sepatutnya dibawah peruntukan AIP 1992.

Pada hari terakhir bengkel, para peserta telah dibawa melawat ke Kota Iskandar Johor Bharu Johor. Antara tempat menarik di Kota Iskandar yang pembinaannya telah selesai sebanyak 2 fasa ialah bangunan pentadbiran kerajaan negeri iaitu Bangunan Sultan Ismail dan Masjid Negeri. Para peserta telah dibawa melawat ke Galeri Sejarah Pemerintahan Kesultanan Johor dan Dewan Negeri Johor. Selepas satu jam di Kota Iskandar, para peserta telah dibawa melawat Legoland Malaysia. Dua tempat menarik yang dilawati ini merupakan  antara produk-produk  pelancongan menarik dan terbaru di Malaysia.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 25 November, 2020 @ 5:01 PM
Top