Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Mesyuarat Sinergi Bersama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) Dalam Usaha Memperkasakan Wakaf di Malaysia

Putrajaya, 15 Julai 2020 | YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Ketua Pengarah, JAWHAR telah mempengerusikan Mesyuarat Sinergi bersama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dalam usaha memperkasakan wakaf di Malaysia bertempat di DSU Jannatul Firdaus, Aras 9, JAWHAR. Dalam mesyuarat tersebut, Yayasan Waqaf Malaysia menyampaikan taklimat berkaitan cadangan ruang kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama GLC dan GLIC. Secara keseluruhannya, Ahli Mesyuarat memberi maklum balas yang amat positif dan menyatakan kesediaan untuk bekerjasama secara aktif dalam memperkasakan wakaf. Turut hadir syarikat:

  1. Khazanah Nasional Berhad;
  2. DRB Hicom Berhad;
  3. UDA Holdings Berhad;
  4. Amanah Raya Berhad;
  5. Permodalan Nasional Berhad Rasmi;
  6. Boustead Holdings;
  7. Lembaga Tabung Angkatan Tentera;
  8. Prokhas Sdn Bhd;
  9. KUB Malaysia Berhad;
  10. Mardec Malaysia;
  11. MIDF GROUP;
  12. KWAP; dan
  13. Felcra Berhad.

 

 

 

 

 

 

 

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 25 November, 2020 @ 5:01 PM
Top