Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Mesyuarat Sasaran Kerja Tahunan 2007

Jabatan Wakaf Zakat dan Haji(JWZH) telah mengadakan Mesyuarat Penyediaan Sasaran Kerja Tahunan 2007 pada 25 hingga 27 Januari 2007 bertempat di Riviera Bay Resort, Melaka. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JWZH, Tuan Haji Mohd Zakri Bin Haji Hussin dan turut dihadiri oleh Pegawai – pegawai kanan Jabatan.
Mesyuarat tersebut telah bersidang selama tiga hari bagi membincang dan menetapkan perincian Sasaran Kerja Tahunan 2007 bahagian – bahagian di bawah Jabatan antaranya Bahagian Wakaf, Bahagian Zakat, Bahagian Haji, Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Sumber Manusia, Bahagian Teknologi Maklumat, Unit Perundangan dan Unit Audit Dalam . Dalam pada itu juga, mesyuarat telah membincangkan perincian Sasaran Kerja Tahunan dua bahagian baru yang telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu Bahagian Mal dan Bahagian Penyelidikan dan Penyelarasan. Di akhir mesyuarat tersebut, hasil perbincangan dipersetujui oleh semua Pengarah Bahagian dan Ketua Unit JWZH.

Tarikh : 27/1/2007
Sumber : Unit Sumber Manusia
Editor :Unit Pentadbiran

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top