Awam Kerajaan Warga JAWHAR

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM ZAKAT BERSAMA MAIN DAN AMZ BIL. 3 TAHUN 2018

Putrajaya, 23 Oktober 2018 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Program Zakat bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) Bil. 3 Tahun 2018 bertempat di Dewan Syura Utama Jannatul Firdaus, JAWHAR bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Hj. Ahmad Musadad bin Hj. Sulaiman, Ketua Pengarah JAWHAR dan dihadiri oleh wakil dari MAIN dan AMZ seluruh negara. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Tuan Hj. Jaafar bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR serta para pegawai dan kakitangan Bahagian Baitulmal JAWHAR selaku urus setia.

   

Mesyuarat ini adalah rentetan Mesyuarat Penyelarasan Program Zakat bersama MAIN dan AMZ Bil. 2 Tahun 2018 yang telah diadakan pada 7 Ogos 2018 (Selasa) dan diadakan bersekali dengan Bengkel Penyelarasan Kadar Zakat Fitrah 2019 yang berlangsung selama dua hari iaitu bermula pada 23 hingga 24 Oktober 2018 bertempat di Bilik Seminar, Aras 8, JAWHAR.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi membincangkan pelaksanaan program-program zakat melalui kerjasama antara JAWHAR, MAIN dan AMZ seluruh Malaysia bagi tahun 2018 serta isu-isu berbangkit. Antara agenda utama yang telah dibincangkan ialah penganjuran program Konvensyen Baitulmal Kebangsaan dan sambutan Bulan Zakat Kebangsaan (BZK) 2018 yang dicadangkan akan diadakan pada  27 November 2018 di Hotel Everly, Putrajaya.

Selain daripada itu, beberapa isu semasa berkaitan pengurusan zakat di Malaysia turut dibincangkan seperti penyelarasan kadar zakat fitrah seluruh negara, perkongsian maklumat kutipan dan agihan zakat seluruh Malaysia dan lain-lain. Mesyuarat turut diserikan dengan kehadiran wakil dari Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPB) yang telah memberikan taklimat berhubung cadangan pelaksanaan program perintis Khaira Ummah yang menyasarkan untuk melahirkan huffaz professional di negara ini selari dengan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN).

  

Secara keseluruhannya, mesyuarat ini telah menjadi medan perkongsian pandangan serta pengalaman sesama wakil semua agensi yang terlibat di samping menjana idea-idea baru dalam usaha memartabatkan pengurusan zakat di Malaysia. Melalui mesyuarat seperti ini, diharapkan agar jalinan kerjasama dan hubungan silaturahim antara pihak JAWHAR, MAIN dan AMZ seluruh Malaysia dapat ditingkatkan lagi seterusnya memacu pembangunan institusi Baitulmal khususnya zakat ke arah yang lebih mantap demi maslahah ummah, insya-Allah.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.35 Subuh 05.45 Syuruk 07.07 Zohor 13.20 Asar 16.46 Maghrib 19.29 Isyak 20.44
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 18 September, 2019 @ 12:36 PM
Top