Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Mesyuarat Penyelarasan Program Zakat Bersama Main Dan Amz Bil. 3 Tahun 2016

Putrajaya, 21 Julai 2016 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Program Zakat bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) Bil. 3 Tahun 2016 bertempat di Bilik Gerakan JAWHAR, selaras dengan langkah-langkah mengoptimumkan perbelanjaan Kerajaan.

jawhar 031

Mesyuarat pada kali ini ialah rentetan:

  1. Mesyuarat Penyelarasan Program Zakat Bersama MAIN dan AMZ Bil. 1/2016 yang telah diadakan pada 15 Februari 2016 (Isnin) di Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan; dan
  2. Mesyuarat Penyelarasan Program Zakat Bersama MAIN dan AMZ Bil. 2/2016 yang telah diadakan pada 17 Mei 2016 (Selasa) di Bilik Gerakan JAWHAR.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Hj. Anan bin C Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR dan dihadiri oleh seramai 14 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil MAIN dan AMZ seluruh Malaysia. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah En. Ahmad Musadad bin Hj. Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR serta para pegawai Bahagian Baitulmal JAWHAR selaku urus setia.

jawhar 046

jawhar 036

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi membincangkan gerak kerja penyelarasan dan pengukuhan pengurusan zakat bersama pihak MAIN dan AMZ seluruh Malaysia serta program-program yang berkaitan dengannya. Antara agenda utama yang telah dibincangkan dalam mesyuarat ini adalah:

  1. Program Konvoi Kembara Zakat (KKZ) 2016;
  2. Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan (BZK) dan Karnival Usahawan Asnaf (KUA) 2016;
  3. Penerbitan buku dan dokumentari “Al-Barakah: Ikon Asnaf Zakat” Siri 2;
  4. Pengemaskinian statistik kutipan dan agihan zakat seluruh Malaysia;
  5. Menangani persepsi negatif terhadap pengurusan zakat di Malaysia; dan
  6. Permohonan sumbangan untuk menanggung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Bersempena dengan mesyuarat yang diadakan pada bulan Syawal ini juga, para ahli mesyuarat telah dihidangkan dengan jamuan potluck hari raya Aidilfitri sebelum mesyuarat berlangsung. Antara menu yang disajikan adalah nasi minyak, lemang, rendang, ketupat, nasi himpit, kuah kacang, mihun goreng, air minuman, buah-buahan, kuih-muih dan sebagainya. Semua menu tersebut disediakan melalui sumbangan oleh seluruh warga Bahagian Baitulmal JAWHAR tanpa melibatkan peruntukan Jabatan.

jawhar 025

jawhar 014

Mesyuarat pada kali ini telah diakhiri dengan penyampaian surat penghargaan dan tahniah oleh YBhg. Datuk Ketua Pengarah JAWHAR kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman di atas penerimaan Anugerah Lima Bintang untuk Audit Tahap Prestasi Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Jabatan / Agensi Negeri Pada Tahun 2015 oleh Jabatan Audit Negara.

jawhar 071

Secara keseluruhannya, mesyuarat ini telah berjaya menjana idea-idea baru dan perkongsian pengalaman sesama wakil semua agensi yang terlibat dalam usaha memartabatkan pengurusan zakat di negara kita. Mesyuarat ini diharapkan dapat meningkatkan lagi jalinan kerjasama dan hubungan silaturahim antara pihak JAWHAR, MAIN dan AMZ seterusnya memperkasakan lagi program-program pengukuhan institusi zakat di Malaysia demi kemaslahatan ummah, insya-Allah.

 

jawhar 039

jawhar 049

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top