Awam Kerajaan Warga JAWHAR

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM ZAKAT BERSAMA MAIN DAN AMZ BIL.2 TAHUN 2019

  Putrajaya, 16 Julai 2019 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, (JAWHAR) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Program Zakat bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) Bil.2 Tahun 2019 bertempat di Dewan Syura Utama Jannatul Firdaus, JAWHAR bermula jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi. Mesyuarat ini adalah mesyuarat berkala yang dilaksanakan oleh JAWHAR 3 kali setahun bagi menyelaras dan melaksanakan kerjasama dalam program-program zakat bersama MAIN dan AMZ.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Jaafar bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR disebabkan Ketua Pengarah JAWHAR, Tuan Haji Ruslan bin Said berada di tanah suci Mekah bagi mengerjakan ibadah Haji bermula 13 Julai sehingga 27 Ogos 2019. Mesyuarat kali ini telah dihadiri oleh pegawai zakat semua MAIN / AMZ seluruh negara termasuk dari Sabah  dan turut dihadiri oleh wakil dari Bahagian Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa JAWHAR serta pegawai dari Bahagian Baitulmal JAWHAR selaku urusetia mesyuarat.

YBrs. Tuan Pengerusi dalam ucapan awalnya  merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Haji Saipolyazan Mat Yusop atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang baharu dan juga Tuan Ramlan bin Awang Ali atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif  Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). 

YBrs. Tuan Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua pegawai MAIN dan AMZ.  Beliau juga turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua MAIN dan AMZ atas segala sokongan dan bantuan yang diberikan kepada JAWHAR dalam melaksanakan pelbagai program zakat sepanjang 6 bulan pertama tahun 2019. Antara program tersebut  ialah Konvoi Kembara Zakat 2019 yang telah diadakan pada 23 hingga 25 April 2019 (Selasa hingga Khamis) yang lalu di negeri Terengganu, Lawatan Kerja ke Majlis Agama Islam Melaka dan ke Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan serta maklumat-maklumat data yang dikemukakan oleh MAIN kepada JAWHAR berkaitan asnaf  zakat.

Mesyuarat pada kali ini turut diserikan dengan taklimat oleh 2 buah agensi iaitu daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) berkaitan Cadangan Integrasi Sistem e-Kasih dengan Sistem Zakat Negeri-negeri  dan Institut Pengajian Islam dan Dakwah (IPDAS) Keningau, Sabah dengan tajuk  IPDAS sebagai Institusi Pendidikan Tinggi Muallaf .

Perbincangan program-program zakat yang akan dilaksanakan melalui kerjasama antara JAWHAR, MAIN dan AMZ bagi tahun 2019 antaranya ialah Kunjungan Hormat ke pejabat YB Menteri, Lawatan ke Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Bengkel Manual Pengurusan Agihan Zakat,  Penyelarasan Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negara, Statistik Kutipan dan Agihan Zakat Seluruh Malaysia  dan lain-lain lagi.

Secara keseluruhannya, mesyuarat ini telah menjadi medan perkongsian pandangan serta pengalaman sesama wakil semua agensi yang terlibat di samping menjana idea-idea baru dalam usaha memartabatkan pengurusan zakat di Malaysia. Melalui mesyuarat seperti ini, diharapkan agar jalinan kerjasama dan hubungan silatulrahim antara pihak JAWHAR, MAIN dan AMZ bertambah erat dan seterusnya dapat memacu pembangunan institusi Baitulmal khususnya zakat ke arah yang lebih mantap demi kemaslahatan ummah, insya-Allah.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.31 Subuh 05.41 Syuruk 07.00 Zohor 13.02 Asar 16.24 Maghrib 19.00 Isyak 20.13
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 12 November, 2019 @ 8:22 AM
Top