Awam Kerajaan Warga JAWHAR

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM ZAKAT BERSAMA MAIN DAN AMZ BIL. 2 TAHUN 2018

Putrajaya, 7 Ogos 2018 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Program Zakat bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) Bil. 2 Tahun 2018 bertempat di Dewan Syura Utama Jannatul Firdaus, JAWHAR bermula pada jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Hj. Ahmad Musadad bin Hj. Sulaiman, Ketua Pengarah JAWHAR dan dihadiri oleh wakil dari MAIN dan AMZ seluruh negara. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Tuan Hj. Jaafar bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR serta para pegawai dan kakitangan Bahagian Baitulmal JAWHAR selaku urus setia.

Mesyuarat ini adalah rentetan Mesyuarat Penyelarasan Program Zakat bersama MAIN dan AMZ Bil. 1 Tahun 2018 yang telah diadakan pada 5 Februari 2018 (Isnin) dan diadakan bersekali dengan Bengkel Pengecualian Cukai Pendapatan kepada AMZ yang berlangsung selama dua hari iaitu bermula pada 7 hingga 8 Ogos 2018 bertempat di Bilik Seminar, Aras 8, JAWHAR.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi membincangkan pelaksanaan program-program zakat melalui kerjasama antara JAWHAR, MAIN dan AMZ seluruh Malaysia bagi tahun 2018 serta isu-isu berbangkit. Antara agenda utama yang telah dibincangkan ialah penganjuran program KKZ 2018 yang dicadangkan akan diadakan pada 18 hingga 20 September 2018 (Selasa hingga Khamis) di negeri Terengganu dengan tema “al-Barakah: Kembara Ganu Kite”.

 

 

 

 

 

 

 

Selain daripada itu, beberapa isu semasa berkaitan pengurusan zakat di Malaysia turut dibincangkan seperti penyelarasan zakat fitrah seluruh negara, perkongsian maklumat kutipan dan agihan zakat seluruh Malaysia, permohonan pengecualian cukai pendapatan kepada AMZ, kutipan zakat oleh badan korporat tanpa melalui institusi zakat, penggubalan akta / enakmen zakat negeri-negeri dan lain-lain lagi.

Secara keseluruhannya, mesyuarat ini telah menjadi medan perkongsian pandangan serta pengalaman sesama wakil semua agensi yang terlibat di samping menjana idea-idea baru dalam usaha memartabatkan pengurusan zakat di Malaysia. Melalui mesyuarat seperti ini, diharapkan agar jalinan kerjasama dan hubungan silaturahim antara pihak JAWHAR, MAIN dan AMZ seluruh Malaysia dapat ditingkatkan lagi seterusnya memacu pembangunan institusi Baitulmal khususnya zakat ke arah yang lebih mantap demi maslahah ummah, insya-Allah.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.38 Subuh 05.48 Syuruk 07.02 Zohor 13.10 Asar 16.14 Maghrib 19.12 Isyak 20.20
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 24 September, 2018 @ 9:56 AM
Top