Awam Kerajaan Warga JAWHAR

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM ZAKAT BERSAMA MAIN DAN AMZ BIL. 2 TAHUN 2017

Putrajaya, 11 Julai 2017 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Program Zakat bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) Bil. 2 Tahun 2017 bertempat di Dewan Syura Utama Jannatul Firdaus, JAWHAR bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Mesyuarat pada kali ini adalah rentetan Mesyuarat Penyelarasan Program Zakat bersama MAIN dan AMZ Bil. 1 Tahun 2017 yang telah diadakan pada 14 Februari 2017 (Selasa) di JAWHAR.

 

 

 

 

 

 

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. En. Ahmad Musadad bin Hj. Sulaiman, Ketua Pengarah JAWHAR dan dihadiri oleh 21 orang wakil dari MAIN dan AMZ seluruh negara. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah para pegawai Bahagian Baitulmal JAWHAR selaku urus setia.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi membincangkan gerak kerja penyelarasan dan pengukuhan pengurusan zakat bersama pihak MAIN dan AMZ seluruh Malaysia serta program-program yang berkaitan dengannya. Antara agenda utama yang telah dibincangkan dalam mesyuarat ini ialah:

i. program Konvoi Kembara Zakat (KKZ) 2017 yang akan diadakan pada 24 hingga 26 September 2017; dan
ii. Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan (BZK) dan Karnival Usahawan Asnaf (KUA) 2017 yang akan diadakan pada bulan November 2017.

 

 

 

 

 

 

Secara keseluruhannya, mesyuarat ini telah berjaya menjana idea-idea baru dan perkongsian pandangan serta pengalaman sesama wakil semua agensi yang terlibat dalam usaha memartabatkan pengurusan zakat di negara kita. Mesyuarat ini diharapkan dapat terus meningkatkan lagi jalinan kerjasama dan hubungan silaturahim antara pihak JAWHAR, MAIN dan AMZ seterusnya memacu pembangunan institusi Baitulmal ke arah yang lebih mantap terutamanya dalam bidang zakat demi maslahah ummah, insya-Allah.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top