Awam Kerajaan Warga JAWHAR

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM ZAKAT BERSAMA MAIN DAN AMZ BIL. 1 TAHUN 2017

Putrajaya, 14 Februari 2017 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Program Zakat bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) Bil. 1 Tahun 2017 bertempat di Dewan Syura Utama Jannatul Firdaus, JAWHAR bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.50 tengah hari. Mesyuarat pada kali ini ialah rentetan Mesyuarat Penyelarasan Program Zakat bersama MAIN dan AMZ Bil. 3 Tahun 2016 yang telah diadakan pada 21 Julai 2016 (Khamis) di Bilik Gerakan JAWHAR.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. En. Ahmad Musadad bin Hj. Sulaiman, Ketua Pengarah JAWHAR dan dihadiri oleh 20 orang wakil dari MAIN dan AMZ seluruh negara. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah para pegawai Bahagian Baitulmal JAWHAR selaku urus setia serta dua orang wakil dari Hong Leong Islamic Bank Berhad (HLISB) semasa sesi perkongsian ilmu berkenaan pelaksanaan “Cashless ATM” oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama HLISB.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi membincangkan gerak kerja penyelarasan dan pengukuhan pengurusan zakat bersama pihak MAIN dan AMZ seluruh Malaysia serta program-program yang berkaitan dengannya. Antara agenda utama yang telah dibincangkan dalam mesyuarat ini ialah:

i. Post-Mortem program yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2016;
ii. Cadangan program yang akan dilaksanakan pada tahun 2017; dan
iii. Sesi Perkongsian Ilmu: “Cashless ATM” oleh LZS dan HLISB.

Semua ahli mesyuarat juga mengambil kesempatan ini untuk menyedekahkan bacaan Surah al-Fatihah kepada Almarhum Ust. Jaludin bin Dullah, bekas Pegawai Zakat di Pusat Zakat Sabah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) yang telah meninggal dunia pada 24 November 2016 (Khamis) kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Secara keseluruhannya, mesyuarat ini telah berjaya menjana idea-idea baru dan perkongsian pengalaman sesama wakil semua agensi yang terlibat dalam usaha memartabatkan pengurusan zakat di negara kita. Mesyuarat ini diharapkan dapat meningkatkan lagi jalinan kerjasama dan hubungan silaturahim antara pihak JAWHAR, MAIN dan AMZ seterusnya memacu pembangunan institusi Baitulmal ke arah yang lebih mantap terutamanya dalam bidang zakat demi maslahah ummah, insya-Allah.

jawhar 264 (1280x853)

jawhar 271 (1280x853)

jawhar 273 (1280x853)

jawhar 289 (1280x853)

jawhar 297 (1280x853)

jawhar 300 (1280x853)

jawhar 314 (1280x853)

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 6.06 Subuh 6.16 Syuruk 07.25 Zohor 13.28 Asar 16.50 Maghrib 19.25 Isyak 20.38
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 26 Januari, 2021 @ 12:29 PM
Top