Awam Kerajaan Warga JAWHAR

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM ZAKAT BERSAMA MAIN DAN AMZ BIL. 1 TAHUN 2016

Port Dickson, 15 Februari 2016 –Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Program Zakat Bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) Dan Agensi Mengurus  Zakat (AMZ) Bil. 1 Tahun 2016 pada 15 hingga 17 Februari 2016 (Isnin – Rabu) bertempat di Hotel Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.

IMG_1780

Mesyuarat yang dianjurkan oleh Bahagian Baitulmal JAWHAR ini telah dihadiri oleh 37 orang peserta yang terdiri daripada wakil-wakil MAIN dan AMZ dari seluruh Malaysia, serta para pegawai JAWHAR selaku urusetia.

IMG_1771

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan gerak kerja penyelarasan pengurusan zakat bersama pihak MAIN dan AMZ seluruh Malaysia.

Antara agenda utama yang telah dibincangkan dalam mesyuarat ini adalah:

  • Cadangan Sambutan Bulan Zakat dan Karnival Usahawan Asnaf 2016;
  • Konvoi Kembara Zakat 2016;
  • Penyelarasan kadar zakat fitrah seluruh Malaysia; dan
  • Isu rebat cukai terhadap bayaran zakat

IMG_1786 IMG_1787

Semoga mesyuarat yang diadakan ini dapat meningkatkan lagi jalinan kerjasama dan hubungan silaturahim antara pihak JAWHAR, MAIN dan AMZ serta agensi-agensi yang terlibat seterusnya memperkasakan lagi program-program pengukuhan institusi zakat di Malaysia demi kemaslahatan ummah, Insya-Allah.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top