Awam Kerajaan Warga JAWHAR

MESYUARAT PENYEDIAAN MANUAL PENGURUSAN MODEL PERUNDANGAN WASIAT (MPMPW)

Pada 28 November 2012 bersamaan 14 Muharram 1434, Bahagian Mal JAWHAR telah mengadakan Mesyuarat Penyediaan Manual Pengurusan Model Perundangan Wasiat (MPMPW) yang dihadiri oleh pakar-pakar rujuk dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), wakil-wakil Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) serta para pegawai JAWHAR selaku urus setia.

Mesyuarat yang bermula pada jam 10.00 pagi ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Datuk Hj. Anan bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR yang telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas komitmen padu semua ahli mesyuarat untuk hadir dalam mesyuarat ini. Pengerusi memaklumkan bahawa sehingga kini, JAWHAR telah berjaya menerbitkan 19 buah Manual Pengurusan yang mencakupi 4 bidang teras JAWHAR iaitu wakaf, zakat, mal dan haji bertepatan dengan fungsi JAWHAR sebagai facilitator untuk memberikan nilai tambah kepada pihak-pihak yang terbabit terutamanya MAIN.

Pengerusi juga menekankan betapa pentingnya MPMPW ini diterbitkan untuk dijadikan garis panduan serta prosedur yang jelas dan seragam berkaitan undang-undang wasiat untuk diaplikasikan di negeri-negeri. Bagi tujuan tersebut, Bengkel Penyediaan MPMPW dicadangkan akan diadakan pada 12 hingga 14 Disember 2012 melibatkan pihak JAWHAR selaku urus setia, wakil-wakil MAIN, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Peguam Negara (JPN), ahli-ahli akademik serta wakil agensi-agensi lain yang berkaitan. Semoga dengan terhasilnya MPMPW ini akan dapat menyumbang dalam usaha pemerkasaan perancangan dan tadbir urus harta umat Islam di negara ini melalui instrumen wasiat, insya-Allah.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 25 November, 2020 @ 5:01 PM
Top