Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Mesyuarat Pengukuhan Sumber Am Baitulmal Bil 1/2016

Putrajaya, 12 April 2016 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Jabatan Perdana Menteri (JAWHAR) telah mengadakan Mesyuarat Pengukuhan Sumber Am Baitulmal Bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)Bil.1 Tahun 2016 pada 12 April 2016 (Selasa)  bertempat di Bilik Gerakan, JAWHAR. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Ketua Pengarah JAWHAR telah dihadiri oleh seramai 24 orang ahli yang terdiri daripada wakil MAIN, JAIN dan juga Pegawai-pegawai JAWHAR serta diurusetiakan oleh Bahagian Baitulmal. Tujuan mesyuarat ini adalah untukmembincangkan gerak kerja penyelarasan pengurusan sumber am Baitulmal bersama pihak MAIN dan JAIN seluruh Malaysia.

Antara agenda utama yang telah dibincangkan dalam mesyuarat ini adalah:

  • Cadangan Pelaksanaan Resolusi Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2015;
  • Pembentangan Term of Reference (TOR) Jawatankuasa Pemantau e-Khairat dan Cadangan Lantikan Jawatankuasa e-Khairat; dan
  • Pembentangan prototype Aplikasi Mobil e-Khairat.

Semoga mesyuarat yang diadakan ini dapat meningkatkan lagi jalinan kerjasama dan hubungan silaturahim antara pihak JAWHAR, MAIN dan JAIN serta agensi-agensi lain yang berkaitan bagi memperkasakan lagi pengurusan dan program-program pengukuhan sumber am Baitulmal di Malaysia demi kemaslahatan ummah, Insya-Allah.

 

IMG_2795 IMG_2790 IMG_2783 IMG_2776 IMG_2773 IMG_2761 IMG_2759 IMG_2749

 

 

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 25 November, 2020 @ 5:01 PM
Top