Awam Kerajaan Warga JAWHAR

MESYUARAT PENGUKUHAN SUMBER AM BIL.1/2018

PUTRAJAYA, 19 April 2018 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah mengadakan Mesyuarat Pengukuhan Sumber Am Bil.1 Tahun 2018 bersama Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN) Yang bertempat Di Dewan Syura Utama Jannatul Firdaus di Aras 9 JAWHAR.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBrs Tuan Haji Ahmad Musadad bin Haji Sulaiman, Ketua Pengarah JAWHAR tersebut telah dihadiri oleh wakil-wakil Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Tuan Hj. Jaafar bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR serta para pegawai Bahagian Baitulmal JAWHAR selaku urus setia.

 

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan tentang isu-isu dan program-program pengukuhan sumber am yang boleh dilaksanakan melalui kerjasama antara JAWHAR dan MAIN yang berkaitan demi manfaat ummah. Antara agenda mesyuarat ini adalah membincangkan berkenaan statistik data harta sumber am dan perbincangan mengenai penetapan dan penyelarasan kadar fidyah semasa bagi semua negeri.

 

Secara keseluruhannya, mesyuarat ini telah menjadi medan perbincangan dan perkongsian pandangan serta pengalaman sesama wakil semua MAIN yang terlibat. Semoga hubungan silaturrahim dan kerjasama diantara JAWHAR dan semua MAIN akan bertambah erat bagi memantapkan institusi Baitulmal. Mesyuarat tersebut berakhir pada jam 12.30 tengahari dan disudahi dengan sesi bergambar ahli mesyuarat bersama Ketua Pengarah JAWHAR.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.36 Subuh 05.46 Syuruk 07.04 Zohor 13.14 Asar 16.30 Maghrib 19.20 Isyak 20.31
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 24 Mei, 2018 @ 3:55 PM
Top