Awam Kerajaan Warga JAWHAR

MESYUARAT PENGUKUHAN SUMBER AM BERSAMA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI (MAIN) BIL.1/ 2019


Putrajaya, 16 Julai 2019 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, (JAWHAR) telah mengadakan Mesyuarat Pengukuhan Sumber Am bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) Bil.1 Tahun 2019 bertempat di Dewan Syura Utama Jannatul Firdaus, JAWHAR bermula jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Mesyuarat ini adalah mesyuarat tahunan yang dilaksanakan oleh JAWHAR bagi menyelaras dan mengukuhkan pengurusan  sumber am bersama MAIN.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Jaafar bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR memandangkan Ketua Pengarah JAWHAR, Tuan Haji Ruslan bin Said berada di tanah suci Mekah bagi mengerjakan ibadah Haji bermula 13 Julai sehingga 27 Ogos 2019. Mesyuarat kali ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai MAIN dari seluruh Negara. Turut hadir wakil dari Bahagian Penyelidikan dan Kerjasama Antarabangsa JAWHAR manakala pegawai dari Bahagian Baitulmal JAWHAR bertindak selaku urusetia mesyuarat.

YBrs. Tuan Pengerusi dalam ucapan awalnya  merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Ramlan bin Awang Ali atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif  Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). 

YBrs. Tuan Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua pegawai MAIN serta merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua MAIN atas segala sokongan dan kerjasama yang diberikan kepada JAWHAR sepanjang 6 bulan pertama tahun 2019. Mesyuarat pada kali ini turut diserikan dengan dua  pembentangan iaitu Pembentangan “Kadar Fi Penilaian Harta/ Pusaka untuk Majlis Agama Islam Negeri” oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dan Pembentangan “ Wang Tak Dituntut”  oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia  (JANM)

 Secara keseluruhannya, mesyuarat ini telah menjadi medan perkongsian pandangan serta pengalaman sesama wakil semua agensi yang terlibat di samping menjana idea-idea baru dalam usaha memartabatkan dan mengukuhkan pengurusan sumber am di Malaysia. Melalui mesyuarat seperti ini, diharapkan agar jalinan kerjasama dan hubungan silatulrahim antara pihak JAWHAR dan MAIN bertambah erat dan kukuh demi kemaslahatan ummah, insya-Allah. 

 

 

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.31 Subuh 05.41 Syuruk 07.00 Zohor 13.02 Asar 16.24 Maghrib 19.00 Isyak 20.13
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 12 November, 2019 @ 8:22 AM
Top