Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan / Senior Officials Meeting (SOM) Negara-Negara Anggota OIC: Ke Arah Penubuhan International Zakat Organization (IZO)

Bahagian Zakat,  (JAWHAR) telah menganjurkan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan, Negara-negara Anggota OIC / Senior Officials Meeting (SOM):  Ke Arah Penubuhan International Zakat Organization (IZO)   bagi merunding dan memperhalusi seterusnya memuktamadkan Articles of Agreement (AA)   sebagai undang- undang tubuh IZO di The Legend Hotel, Kuala Lumpur pada 27 Julai hingga 28 Julai 2010.  Mesyuarat yang telah berlangsung selama dua hari ini adalah hasil kerjasama erat diantara wakil Kementerian Luar Negeri,  Jabatan Peguam Negara,  Bahagian Istiadat Dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA), JPM, Pentadbiran Am JPM, Bahagian Pengurusan Hartanah JPM, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Yayasan Wakaf Malaysia, , Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), Polis Diraja Malaysia dan secretariat sementara Lembaga Zakat  Antarabangsa.

Majlis perasmian mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh YB. Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Hj. Baharom (B) pada 27 Julai 2010. Pada majlis yang sama, pihak media telah dijemput membuat liputan semasa sidang media diadakan.

Seramai 46 orang delegasi dari (18) buah negara telah menghadiri mesyuarat SOM tersebut yang terdiri dari Albania, Bangladesh, Brunei, Guinea, Indonesia, Iran, Kazakhstan, Libya, Maldives, Pakistan, Palestin, Senegal, Sierra Leone, Sudan, Syria, Turkey, Uganda dan tuan rumah, Malaysia. Empat lagi negara iaitu Comoros, Jordan, Mauritania dan Yemen yang pada awalnya telah mengesahkan kehadiran mereka, namun tidak dapat menghadirinya di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pada dasarnya, cadangan penubuhan IZO telah mendapat maklumbalas positif dari kalangan negara-negara yang hadir. Deraf AA yang dibentangkan telah berjaya mendapat kata sepakat daripada para delegasi yang hadir dan telah diedarkan untuk mendapat persetujuan kerajaan masing-masing selewat-lewatnya pada akhir September 2010 dan majlis menandatangani AA penubuhan IZO dijangka akan dapat dilangsungkan sebelum akhir tahun ini, InsyaAllah.

History has enabled me to discover my justbuyessay.com origins.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.46 Subuh 5.56 Syuruk 07.09 Zohor 13.22 Asar 16.47 Maghrib 19.30 Isyak 20.45
Arab Saudi
Malaysia
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 21 September, 2021 @ 4:10 PM
Top