Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Mesyuarat Mengenai Garis Panduan Bagi Pakej Pelancongan Muslim Oleh Persatuan Agen-Agen Pelancongan Dan Pengembaraan Malaysia (MATTA)

Putrajaya, 26 Julai 2012 – Satu mesyuarat bersama Persatuan Agen-Agen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) telah diadakan bertempat di Bilik Gerakan JAWHAR pada pagi ini. Perbincangan bertujuan mendapatkan pandangan dan input daripada JAWHAR mengenai Garis Panduan Bagi Pakej Pelancongan Muslim yang diusahakan oleh pihak MATTA.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) ini dihadiri oleh pegawai-pegawai Bahagian Haji JAWHAR, Penasihat Undang-Undang JAWHAR dan lima orang pegawai MATTA yang diketuai oleh Presidennya sendiri iaitu Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Khalid bin Harun.

Antara lain, pihak MATTA memaklumkan bahawa salah satu perkara yang dibangkitkan dalam persidangan World Islamic Tourism Mart yang dianjurkan oleh pihaknya di Kuala Lumpur baru-baru ini ialah mengenai keperluan untuk mewujudkan satu garis panduan khusus kepada agensi-agensi pelancongan yang menawarkan pakej pelancongan Muslim supaya pakej pelancongan yang ditawarkan benar-benar mematuhi piawaian dan prinsip syariah. Ini adalah ekoran daripada aduan sesetengah pelancong Muslim yang menyatakan wujud unsur yang meragukan di dalam pakej pelancongan Muslim yang disertai terutamanya dari segi pematuhan kehendak syariah dalam aspek pemakanan.

Pada masa yang sama, JAWHAR turut memaklumkan pihak MATTA mengenai kerangka perundangan yang berkuat kuasa berkaitan aktiviti pelancongan di negara ini iaitu Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) termasuk Peraturan-peraturan Industri Pelancongan (Perniagaan Pengendalian Pelancongan dan Perniagaan Agensi Pengembaraan) 1992 PU(A)333/92. Dalam hal ini, Kementerian Pelancongan (KPL) melalui penurunan kuasa di bawah Seksyen 40, Akta 482 telah menurunkan kuasa penyiasatan kepada JAWHAR khusus untuk menyiasat kes-kes yang melibatkan pengendali dan aktiviti umrah sahaja selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada tahun 2009.

JAWHAR memaklumkan penyediaan Garis Panduan bagi Pakej Pelancongan Muslim oleh MATTA merupakan inisiatif yang baik bagi memastikan masalah-masalah berkaitan penganjuran pakej-pakej tersebut dapat dikurangkan. Ia juga penting supaya pengusaha-pengusaha pakej pelancongan Muslim memahami sepenuhnya kriteria dan keperluan-keperluan yang perlu disediakan dalam konteks pakej pelancongan Muslim. Ini kerana wujud segelintir pengusaha pakej pelancongan Muslim yang tidak memahami sepenuhnya maksud ‘pakej pelancongan Muslim’. .

Di akhir pertemuan, pihak MATTA menyatakan harapan agar kerjasama yang terjalin dengan JAWHAR dapat diteruskan terutamanya dengan penglibatan secara langsung JAWHAR dalam penganjuran aktiviti oleh MATTA pada masa hadapan.

I look at my cabinmates, and I push that thought outstanding source from my mind!

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 6.06 Subuh 6.16 Syuruk 07.25 Zohor 13.28 Asar 16.50 Maghrib 19.25 Isyak 20.38
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 26 Januari, 2021 @ 12:29 PM
Top