|
Untitled Document
|
|
| |
 MANUAL |
| |
| |
|
|
Manual Pengurusan Tanah Wakaf
Buku Manual Pengurusan Tanah Wakaf (MPTW) ini disediakan sebagai panduan kepada pengurus-pengurus Wakaf dalam mempergiat dan memperkemaskan pendaftaran dan pengurusan tanah wakaf seluruh Negara. Selain itu, buku ini juga memberi penjelasan kepada pihak yang ingin mewakafkan tanah dan proses pewakafan khususnya dalam bidang Pentadbiran dan Pengurusan tanah wakaf. Buku ini mempunyai kelebihan dan hikmah pengurusan wakaf.
|
|
|
| |
|
|
Manual Pengurusan Agihan Zakat
Buku Manual Agihan Zakat (MPAZ) ini disediakan sebagai rujukan dan panduan kepada amil-amil dan pengurus-pengurus zakat yang diamanahkan untuk mengurus hal –ehwal agihan zakat. Buku ini juga boleh membantu dalam proses pengagihan zakat yang cekap dan berkesan. Selain itu, dalam buku ini juga menerangkan mengenai aspek-aspek hukum, prinsip, dasar dan matlamat pengagihan zakat yang ditetapkan oleh syarak. Sehubungan dengan itu, terdapat lima bab dalam kandungan buku ini iaitu mengenai agihan zakat, asnaf, haddul kifayah, bantuan dan panduan am tentang agihan zakat. |
| |
|
| |
|
|
Manual Pengurusan Perkhidmatan Umrah
Manual Pengurusan Perkhidmatan Umrah (MPPU) ini dihasilkan berdasarkan skop, justifikasi serta objektif yang telah dikenal pasti. Manual ini memaparkan garis panduan dan tatacara berkaitan dengan pengelola perkhidmatan umrah bagi membantu dan memudahkan pengelola umrah dalam menguruskan hal ehwal jemaah umrah Malaysia. Proses kerja dan senarai semak bagi setiap prosedur disediakan sebagai panduan kepada agensi pengelola umrah untuk menguruskan perkhidmatan umrah dengan teratur demi memuaskan hati pelanggan. Sehubungan itu, ia adalah aspek tadbir urus terbaik pengurusan umrah. |
| |
|
| |
|
|
Manual Pengurusan Perakaunan Wakaf
Buku Manual Pengurusan Perakaunan Wakaf ini menyentuh aspek-aspek yang berkaitan dengan pengurusan harta wakaf. Sehubungan itu, terdapat pentakrifan wakaf dan peruntukan perundangan mengenai hal ehwal wakaf. Dasar Perakaunan Wakaf ini adalah diadaptasikan daripada Fianancial Reporting Standarad (FRS) dengan penambahbaikan yang bersesuaian dengan prinsip-prinsip wakaf. Prinsip perakaunan wakaf yang yang diketengahkan di dalam manual ini adalah; 1) Prinsip Pengiktirafan Hasil, 2) Prinsip Perakauanan Harta Wakaf, 3) Prinsip Perakaunan Liabiliti, 4) Prinsip Catatan Beregu, dan 5) Prinsip Perakaunan Itibdal. Manual ini juga memperkenalkan kaedah-kaedah tambahan yang disesuaikan dengan perundangan wakaf disamping kaedah-kaedah perakaunan sedia ada yang mematuhi piawaian perakaunan yang diluluskan di Malaysia. |
| |
|
| |
|
|
Manual Pengurusan Harta Luqatah
Manual Pengurusan Harta Luqatah (MPHL) disediakan sebagai panduan dan rujukan bagi prosedur pengurusan harta luqatahselaras dengan matlamatnya sebagai pemegang amanah Harta Luqatah umat Islam di Malaysia. Ianya membantu penyediaan panduan kepada MAIN dan orang ramai berkaitan harta tidak bertuan yang dijumpai dan bagaimana ianya perlu diuruskan. Walaupun nilai harta yang ditemui kadangkala tidak begitu tinggi, tetapi jika dikumpulkan secara agregat, sistematik dan diurus dengan baik maka impaknya adalah amat besar dan akan dapat membantu sosio ekonomi ummah. Kesedaran dan kefahaman yang jelas mengenai perkara ini akan membantu mempromosikan MAIN dalam membangunkan taraf ekonomi umat Islam melalui pengurusan Harta Luqatah yang mantap dan sistematik. |
| |
|
|
| |
|
|
Laman ini dibangun dan diselenggara oleh BTM JAWHAR
Paparan menarik IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768 |
|
 |