index
Untitled Document

Pemakaian baju batik setiap hari KHAMIS diwajibkan kepada semua kakitangan berkuatkuasa mulai 17 Januari 2008.

AKAN DIADAKAN PADA 10 NOVEMBER 2008 DI DATARAN WAKAF.

PROGRAM KE ARAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN CINTAILAH NEGARA KITA DIADAKAN MINGGU PERTAMA SETIAP BULAN BERTEMPAT DI DATARAN PERDANA, BANGUNAN PERDANA PUTRA, PUTRAJAYA.

MENTERI
PERUTUSAN KETUA PENGARAH
PENGENALAN
CARTA ORGANISASI
BAHAGIAN
MERCU TANDA
 
 
 
"Ingat lima perkara sebelum lima perkara....."
 
 
   PENGUNJUNG
 
 
TEKAN PAPAN KEKUNCI '*'
ATAU 'SHIFT+8'UNTUK
KEMBALI KE LAMAN UTAMA
 
  WAKAF
 
 
MAL
 
     
 

PUSAKA

 
   
   
 

HARTA PUSAKA

Menurut kamus Dewan, Pusaka adalah harta benda yang ditinggalkan oleh orang yang telah meninggal dunia, (untuk diwarisi oleh keluarganya) Dalam bahasa Arab, pusaka dipanggil  Al Irth, Al Wirth, atau Al Wirathah yang dalam bahasa Melayu dipanggil Warisan.Menurut istilah Syara’ harta warisan atau mirath ialah harta peninggalan orang yang telah meninggal dunia yang telah menjadi hak mutlak ahli warisnya untuk diagih-agihkan di kalangan mereka yang berhak.

Harta Pusaka termasuk :

  • Semua harta yang ditinggalkan oleh si mati yang diperolehi semasa hayatnya secara halal seperti melalui jual beli, mendapat pusaka, melalui hibah, hadiah, sedekah dan melalui wasiat.
  • Sewa yang masih belum dijelaskan kepada si mati
  • Hutang kepada si mati yang di jelaskan selepas kematian
  • Dividen /faedah yang terbit daripada harta si mati
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Barang yang terbit selepas mati seseorang dari usaha si mati semasa hayatnya

Harta Pusaka Tidak Termasuk

  • Harta yang telah diberi, dijual, diwakafkan dan yang dipegang amanah oleh si mati kepada seseorang semasa hayatnya
  • Khairat kematian
  • Pemberian oleh orang-orang yang menziarahi kematian
  • Faedah kematian /amaun tambahan KWSP
  • Imbuhan, pampasan dan sagu hati
  • Pencen
  • Bayaran – bayaran di bawah Akta Keselamatan Sosial pekerja 1969 Perkeso
  • Harta yang dipinjam

Kenapa Pembahagian Pusaka Perlu Disegerakan
Pembahagian pusaka perlu disegerakan bagi menggelakkan perkara seperti berikut :

  • Memakan dan menguasai harta dengan cara batil
  • Hutang tidak dijelaskan dengan segera
  • Wasiat tidak disempurnakan dengan segera
  • Bilangan waris bertambah ramai akibat kematian berlapis
  • Pembahagian yang salah akibat lupa keterangan yang sebenar
  • Harta tidak terurus atau terbiar
  • Urusniaga tidak dapat dijalankan
  • Wang pampasan pengambilan balik tanah oleh kerajaan tidak dapat dibayar  kepada waris-waris kerana masih didaftar dengan nama simati
  • Kehilangan dokumen penting seperti surat mati surat perjanjian dan sebagainya

Tanggungjawab Waris Menunaikan Hak Si Mati Ke Atas Harta Pusaka
Sebelum pembahagian harta pusaka, waris –waris wajib
menyelesaikan perkara berikut :

  • Membelanjakan urusan pengkebumian sekadar yang wajib sahaja
  • Menjelaskan hutang si mati :
  • Hutang kepada Allah swt seperti Zakat, kaffarah, nazar, haji dan fidyah.
  • Hutang kepada manusia
  • Melaksanakan wasiat si mati (jika ada) yang tidak melebihi 1/3  daripada harta peninggalannya.

Sebab Menerima Pusaka

  • Perkahwinan
  • Keturunan / kerabat
  • Pembebasan hamba

Harta Pusaka Yang Terhad Kepada Baitulmal
Menurut Mazhab Syafi’e, Baitumal menerima harta pusaka apabila :

  • Harta Pusaka yang tidak berwaris
  • Lebihan harta pusaka yang tidak dihabiskan oleh waris  (melalui pembahagian faraid)

Perolehan Harta Pusaka Kepada Baitulmal

  • Perintah Mahkamah Syariah (Sijil Faraid)
  • Perintah Bicara Seksyen Pembahagian Pusaka
  • Perintah Pembahagian Pusaka dan Amahan Raya Berhad
  • Melalui aduan atau laporan orang awam

Proses Pengambilan Harta Pusaka Yang Terhak Kepada Baitulmal

  • Membuat siasatan awal kes dengan mendapat maklumat diri si mati
  • Mendapat maklumat/keterangan daripada waris atau saudara –mara si mati
  • Membuat hebahan/publisiti melalui akhbar bagi kematian yang tiada waris
  • Mengemukakan kes kepada Mahkamah Syariah untuk mendapat sijil faraid bagi si mati yang diperlukan
  • Melantik panel peguam bagi kes yang diperlukan
  • Mengurus pindah milik hartanah pusaka yang terhak kepada baitumal atas nama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)

Proses Tebus Harta Pusaka Oleh Waris Si Mati

  • Penilaian harta pusaka
  • Menghantar notis tuntutan tebusan kepada waris

Proses Pindah Milik Hartanah Kepada Main / Waris

  • Urusan pindah milik hartanah/tanah si mati kepada /daripada  MAIN dengan mengunakan borang dan surat kuasa tertentu mengikut jenis-jenis harta
  • Tandatangan, cap mohor penerima / pemberi (MAIN) di borang suratkuasa
  • Urusan pindah milik hartanah /tanah dicatatkan nama MAIN digantikan kepada nama-nama waris yang berkenaan
   
 

Enakmen wasiat

   
Laman ini dibangun dan diselenggara oleh BTM JAWHAR
Paparan menarik IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768