PUSAKA |
|
[Harta Pusaka][Fidyah][Derma][Ijarah][Hibah][Hutang Lapuk] |
|
HUTANG LAPUK DEFINISI Hutang dalam bahasa Arab di sebut Qardh iaitu bermaksud potong. Hutang
2. DALIL Firman Allah Ta’ala: أضْعَافًا كَثِیرَةًج وَٱللهُ یَقْبِضُ مَّن ذَاٱلَّذِى یُقْرِضُ ٱللهَ قَرْضًا حَسَنًا فَیُضَٰعِفَھُولَھُو وَیَبَصُّطُ وَٳِلَیْھِ تُرْجَعُونَ Maksudnya: “Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan memperlipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepadaNyalah kamu dikembalikan.” (Al-Baqarah : ayat 245)
Dalil hadis: عن أبي هريرة رضي الله عنه : عن النبي صلى الله عليه وسلم قال ( من أخذ أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه ومن أخذ يريد إتلافها أتلفه الله ) Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a Nabi S.A.W bersabda: “Siapa yang berhutang dengan maksud membayarnya kembali, Tuhan akan menolongnya dengan membayar kembali. Siapa yang mengambil harta orang lain dengan maksud menghilangkannya, Tuhan akan menolong menghilangkannya”. (Hadis Shahih Bukhari)
3. KEWAJIPAN MELUNASKAN HUTANG Boleh dikatakan sebahagian besar daripada kita berhutang tidak kira samada banyak atau sedikit. Berhutang atau meminjam dibenarkan dalam Islam. Namun, Islam turut menekankan dengan tegas mengenai tanggungjawab untuk membayar hutang walaupun selepas kematian penghutang.
Dalil Hadis: عن أبي هريرة قال : استقرض رسول الله صلى الله عليه وسلم سنا فأعطى سنا فوقه وقال ( خياركم محاسنكم قضاء ) Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a berkata, “Rasulullah S.A.W pernah berhutang seekor unta kemudian beliau membayarnya dengan yang lebih baik dan bersabda” : “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik dalam membayar hutangnya”. (Hadis Shahih Muslim) |
|