PUSAKA |
[Harta Pusaka][Fidyah][Derma][Ijarah][Hibah][Hutang Lapuk]
|
HIBAH DEFINISI Hibah dari segi bahasa ialah suatu pemberian yang diberikan bukan kerana tanggungjawab tertentu dan pemberian ini memberi manfaat kepada penerima. Menurut istilah syarak, hibah ialah suatu akad yang dapat memindah milik sesuatu tanpa sebarang gantian ketika masih hidup dan dibuat secara sukarela. Menurut kamus dewan, hibah diertikan sebagai pemberian hak (harta) secara sukarela kepada orang lain dengan tujuan baik. Selain hibah, pemberian dalam bahasa Arab juga disebut Tabarru’ dan `Atiyah. Apabila masuk kedalam bahasa Melayu, terdapatlah istilah menghibahkan dan dihibahkan yang membawa maksud diberikan secara percuma. Hibah merupakan pemberian kepada seseorang kerana sesuatu penghargaaan atau kasih sayang kepadanya.
DALIL
طِبْنَ لَكُمْ عَن شَئْءٍ مِّنْھُ نَفْسًا فكلوه ھنیٔاً مریٔاً وَءَاتُواْ ٱلنِّسَآءَ صَدٌقَٰتِھِنَّ نِحْلَةًۚ ِMaksudnya: “Berikanlah maskawin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari maskawin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.” (Surah An-Nisa’: 4)
Dalil hadis: عن خالد بن عدي الجهني قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : من بلغه معروف عن أخيه من غير مسألة ولا أشراف نفس فليقبله ولا يرده فإنما هو رزق ساقه الله عز وجل إليه Maksudnya: Daripada Khalid bin `Adi al-Jahni telah berkata: Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Barangsiapa diberikan kebaikan oleh saudaranya bukan kerana ia minta dan dengan tidak berlebih-lebihan, maka terimalah dan janganlah ditolak kerana sesungguhnya kebaikan tersebut merupakan rezeki yang Allah berikan kepadanya ”. (Riwayat Ahmad)
HUKUM HIBAH Sunat dan amat digalakkan. RUKUN HIBAH 4.1 Pemberi. SYARAT HIBAH 5.1 Syarat-syarat pemberi 5.2 Syarat penerima 5.3 Syarat-syarat mauhub (barang yang dihibahkan) 5.4 Syarat Sighah HIKMAH HIBAH
HUKUM PENARIKAN HIBAH Menarik balik hibah hukumnya haram, kecuali hibah yang diberikan oleh seseorang ayah
عن ابن عباس : عن النبي أنه قال العائد في هبته كالعائد في قيئه Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas Nabi S.A.W bersabda: “Orang yang mengambil semula pemberiannya umpama orang yang menelan semula muntahnya”. (Hadis Shahih Muslim)
|