m MAL
 
   

FIDYAH

 
 
 

FIDYAH
Fidyah ialah memberi makan kepada orang-orang fakir dengan satu cupak  makanan asasi untuk setiap satu hari yang ditinggalkan. Fidyah juga merupakan denda yang dikenakan ke atas seseorang sebab-sebab tertentu ataupun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.

DALIL
Ini berdasarkan kepada firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa,(kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah dengan  memberi makan orang-orang miskin”

(al-Baqarah : ayat  184)


Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya :
“Barangsiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadhan yang belum digantikan , hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkan bagi pihaknya”
                                                                                

( Riwayat at-Tirmizi)

SEBAB-SEBAB DIKENAKAN FIDYAH
  

i. Orang yang terlalu tua dan pesakit yang tiada harapan untuk
sembuh
Terdiri daripada golongan tua yang tidak mampu berpuasa, atau golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai  harapan untuk sembuh. Golongan ini tidak perlu menggantikan  puasa, tetapi perlu membayar fidyah satu cupak  makanan asasi bagi setiap hari yang ditinggalkan.

ii. Perempuan Hamil
Dengan syarat bimbang akan keselamatan  bayi yang dikandungnya  Golongan ini diwajibkan membayar fidyah dan juga mengqantikan puasa yang ditinggalkan.

iii. Ibu yang menyusukan anak
Dengan syarat ibu yang menyusukan anak merasa bimbang akan memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan puasa yang ditinggalkan.

iv. Orang Yang Telah Meninggal Dunia
Hutang puasa bagi orang yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan dengan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

v.  Melambatkan Menggantikan  Puasa
Mereka yang melambatkan mengantikan     puasanya hingga telah melangkah ke tahun yang berikutnya, dikenakan denda membayar fidyah juga wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

KADAR BAYARAN FIDYAH

  • Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras.
  • Mereka yang ingin membayar fidyah boleh melakukannya dengan memberi sedekah kepada fakir miskin ataupun menghubungi pihak berkuasa negeri untuk maklumat lanjut seperti pengiraan kadar bayaran dan sebagainya.