PUSAKA |
|
[Harta Pusaka][Fidyah][Derma][Ijarah][Hibah][Hutang Lapuk] |
|
DERMA DEFINISI Derma ialah sumbangan ikhlas daripada seseorang untuk diberikan kepada seseorang yang lain. Ianya merupakan satu bentuk hibah yang paling banyak dilakukan oleh umat Islam. Menurut Kamus Dewan, derma diertikan sebagai bantuan yang berupa wang (kepada perkumpulan dan lain-lain), dan diertikan pula sebagai pemberian ikhlas. Derma ialah satu cara menginfaqkan harta pada jalan Allah untuk perkaraperkara yang diredhai Allah. Hibah dalam bentuk derma sangat penting dan sangat digalakkan sehingga Allah menjanjikan keuntungan atau pahala sehingga 700 kali ganda atau lebih harta yang dilaburkan dalam perkara tersebut. Setiap manusia, sejak azali sudah dikurniakan sifat insani seperti keinginan untuk mengambil berat, membimbing, menunjuk ajar, membelai, menyayangi dan disayangi, menghargai dan dihargai, bergotong-royong dan bekerjasama. Oleh itu, mereka boleh memainkan peranan dengan menghulurkan derma kepada golongan yang memerlukan.
DALIL Firman Allah S.W.T: مَّثَلُ ٱلَّذِینَ یُنفِقُونَ أمْوَٰلَھُمْ فِى سَبِیلِ ٱلله كَمَثَلِ حَبَّةٍ أنْبَۢتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنبُۢلَةٍ مِّاْئَةٍ حَبَّةٍۗ وَٱللهُ یُضَٰعِفُ لِمَن یَشَآءُۗ وَٱللهُ وَٰسِعٌ عَلِیْمٌ
Maksudnya: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya
Dalil Hadis: عن أبي هريرة رضي الله عنه : عن النبي صلى الله عليه وسلم قال ( خير الصدقة ما كان عن ظهر غني وابدأ بمن تعول ) Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sedekah yang terbaik adalah yang dilakukan oleh orang yang kaya. Mulailah dengan memberi sedekah dengan bersedekah kepada orang yang menjadi tanggungjawabm u”. (Hadis riwayat Bukhari)
عن أنس رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ( لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه ) Maksudnya: “Daripada Anas Radhiallahu 'anhu daripada Nabi S.A.W sabdanya: “Tiada beriman seseorang kamu hingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
KEBAIKAN MENDERMA i. Dapat menyucikan harta yang ada.
KEMULIAAN ORANG YANG MENDERMA: i. Menjadi penaung di akhirat apabila berada di Padang Mahsyar.
Menderma dalam konsep Islam bukan sekadar membantu golongan miskin dan mereka yang ditimpa musibah, malahan juga boleh dibuat melalui pembiayaan pembinaan rumah anak-anak yatim, golongan orang kurang upaya dan warga emas. Menderma juga boleh diertikan dengan menyediakan peralatan seperti makanan, pakaian, perabot dan lain-lain peralatan yang bersesuaian bagi golongan tersebut. |
|