Awam Kerajaan Warga JAWHAR

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM ZAKAT BERSAMA MAIN DAN AMZ BIL. 2/2014

 

mal9 108

Port Dickson, 30 September 2014 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Program Zakat Bersama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Memungut Zakat (AMZ) Bil. 2/2014 selama dua hari bermula pada 29 hingga 30 September 2014 bertempat di Klana Beach Resort (JAWHAR-MAINS), Port Dickson, Negeri Sembilan.

Mesyuarat ini merupakan lanjutan daripada Mesyuarat Penyelarasan Program Zakat Bersama MAIN dan AMZ Bil. 1/2014 yang telah diadakan pada 17 April 2014. Mesyuarat yang dianjurkan oleh Bahagian Baitulmal JAWHAR ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Hj. Anan bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR dan disertai oleh seramai 45 peserta termasuklah wakil-wakil MAIN dan AMZ, para pembentang serta para pegawai JAWHAR selaku urus setia.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk menyelaras dan menetapkan hala tuju program-program pengukuhan zakat bersama pihak MAIN dan AMZ di seluruh Malaysia. Selain itu, mesyuarat ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan jalinan mesra antara pihak JAWHAR, MAIN dan AMZ.

Antara agenda utama yang dibincangkan dalam mesyuarat ini adalah berkenaan Laporan Akhir Kajian Penentuan Kadar Uruf Pemakaian Emas di Kalangan Wanita Islam di Negeri-negeri Seluruh Malaysia, pelaksanaan Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2014, program-program iklan dan promosi zakat, program Azam Kerja untuk golongan asnaf dan sebagainya.

Semoga program pertemuan dan perbincangan harmoni antara JAWHAR, MAIN dan AMZ ini akan dapat meningkatkan lagi hubungan kerjasama di antara semua pihak seterusnya dapat menyelaras dan seterusnya memperkasakan lagi program-program pengukuhan institusi zakat di Malaysia, insya-Allah.

mal9 090 mal9 083 mal9 031

 

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.33 Subuh 05.43 Syuruk 07.02 Zohor 13.04 Asar 16.27 Maghrib 19.02 Isyak 20.16
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 10 Disember, 2019 @ 1:43 PM
Top