Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Makmal Pemurnian Pelan Strategik JAWHAR 2012-2016 Bersama Pejabat YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) telah berjaya melaksanakan Laporan Makmal Pemurnian Pelan Strategik JAWHAR 2012-2016 Bersama Pejabat YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pada tanggal 24 dan 25 Mei 2012 bertempat di Klana Beach Resort, Port Dickson. Makmal yang berjalan selama 2 hari tersebut merupakan inisiatif JAWHAR bersama Pejabat YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bagi memperhalusi Pelan Strategik JAWHAR bagi penggal 2012-2016.

Antara objektif pelaksanaan Makmal Pemurnian ini adalah bagi memurnikan Pelan Strategik JAWHAR 2012-2016 yang melibatkan aspek gerak kerja dan strategi yang relevan dengan misi, visi dan objektif JAWHAR selaras dengan keperluan dan kehendak semasa Pejabat YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Sesi yang dimulakan dengan Overview Pelan Strategik JAWHAR 2012-2016 memberikan gambaran yang lebih jelas kepada Pegawai Tugas-Tugas Khas Pejabat YB Menteri, Tuan Hagi Gunawan Che Ab Aziz sebelum beliau memberikan input dalam sesi yang seterusnya.

Dalam sesi Pemurnian Pelan Strategik  ini juga turut dimuatkan pembentangan mengenai Pelan Transformasi Pelaksanaan Umrah JAWHAR yang disampaikan oleh Pengarah Bahagian Haji, En. Ahmad Azhan Mohd Noh. Pelan Transformasi Pelaksanaan Umrah JAWHAR mengandungi perancangan, hala tuju dan program-program yang direncanakan dalam tempoh 5 tahun bertujuan bagi memantapkan lagi hal ehwal pengurusan umrah di Malaysia.

Makmal tersebut yang melibatkan pengarah bahagian, penolong-penolong pengarah bahagian bersama Pegawai Tugas-Tugas Khas (KPI) Pejabat YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah berjaya menggariskan beberapa penambahbaikan yang perlu dilaksanakan sebelum Pelan Strategik JAWHAR 2012-2016 diterbitkan pada bulan Jun 2012. 

Makmal tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Ketua Pengarah JAWHAR telah berjaya ditamatkan pada petang 25 Mei 2012.

The writemyessay4me.org listlessness of my voice surprises me

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.39 Subuh 5.49 Syuruk 07.01 Zohor 13.19 Asar 16.14 Maghrib 19.39 Isyak 20.38
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 8 Jun, 2021 @ 8:00 AM
Top