Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Makmal Insentif Zakat Perniagaan

Pada 18 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012, Bahagian Zakat JAWHAR telah menganjurkan Makmal Insentif Zakat Perniagaan. Ianya dilaksanakan bagi tujuan membincangkan isu Zakat Perniagaan bagi mengenalpasti insentif-insentif yang bersesuaian kepada syarikat-syarikat perniagaan. Makmal tersebut telah dijalankan di Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan dan dirasmikan oleh Ketua Pengarah JAWHAR, iaitu YBhg. Datuk Haji Anan C. Mohd.

Makmal tersebut telah dihadiri seramai 58 orang peserta yang terdiri daripada, Majlis-Majlis Agama Islam Seluruh Negara, Agensi-Agensi Memungut Zakat(AMZ), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Persatuan Akauntan dan Percukaian Malaysia (MATA), Institut Kajian Zakat UiTM (IKaZ), PETRONAS, Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM), Koperasi Syariah ANGKASA(KOPSYA) dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

Makmal tersebut telah diketuai oleh JAWHAR iaitu YBrs. Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR, En Khalid Bin Mohamed. Pembentang kertas kerja seramai 5 orang yang terdiri dari JAWHAR, IKaZ, MATA, LZS dan Ustaz Mohamad bin Abdullah. Makmal tersebut telah berjaya mengenalpasti isu-isu dan insentif-insentif yang diperolehi dari semua peserta yang terlibat. Makmal tersebut juga mendapat maklum balas positif daripada peserta-peserta kerana isu-isu dan insentif-insentif yang dikemukakan dapat membantu Bahagian Zakat JAWHAR untuk meneruskan tujuan tersebut.

Pada malam terakhir Makmal tersebut, peserta-peserta yang hadir telah dibawa membuat lawatan ke Balai Cerap Baitul Hilal, Port Dickson yang terletak berhadapan Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan sebagai sessi lawatan sambil belajar mengenainya. Pada hari terakhir makmal tersebut, rumusan isu-isu dan insentif-insentif telah dibuat secara keseluruhan bagi pihak JAWHAR meneruskan tujuan tersebut. Semoga segala maklumat dan pandangan positif dari semua peserta dapat menjadikan tujuan kami lebih teratur dan menarik.

As I watch, pop over to the service thousands of tiny bumps germinate on my arms,.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top