Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Makmal Audit Dalam MS 1900:2005

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) telah berjaya melaksanakan Makmal Audit MS 1900:2005 di Hotel Seri Warisan (JAWHAR-MAIPk), Taiping, Perak pada 29 September 2012 sehingga 01 Oktober 2012. Makmal yang dijalankan selama 3 hari tersebut adalah inisiatif Jabatan untuk memberi pendedahan dan kefahaman mengenai MS ISO 9001:2008 & MS 1900:2005 kepada pegawai-pegawai yang baru dilantik sebagai Juru Audit Dalam yang akan melaksanakan pengauditan pada bulan Oktober 2012 sebelum audit sebenar oleh pihak SIRIM pada Januari 2013.

Antara objektif pelaksanaan makmal tersebut adalah bertujuan untuk memahami keperluan MS 1900:2005 bagi audit dalaman dan membimbing peserta bagi persediaan audit dalaman yang merupakan prosedur wajib dalam pensijilan MS 1900:2005.

Pihak JAWHAR telah melantik Encik Mohd Shazwan Ariff Mohamad Kashim sebagai Konsultan dalam mengendalikan makmal tersebut. Antara modul yang dibentangkan dalam makmal tersebut adalah pengenalan, tujuan pelaksanaan MS 1900:2005, keperluan MS 1900:2005, pengenalan audit dalam dan objektif & kepentingan audit. Beberapa aktiviti juga turut di jalankan bagi memberi pemahaman kepada peserta antaranya ialah aktiviti kefahaman terhadap keperluan standard, proses audit-perancangan audit, aktiviti dan penyediaan pelan audit, penyediaan senarai semak audit dan pada hari terakhir bengkel, peserta didedahkan dengan pelaksanaan audit-kajian kes & Role Play, merekod & melapor penemuan audit dan tindakan pembetulan dan susulan.

Makmal yang dirasmikan oleh YBhg. Datuk Ketua Pengarah JAWHAR telah berjaya ditamatkan pada 01 Oktober 2012, jam 12.00 tengahari. Semoga segala ilmu yang diperolehi dalam makmal yang di jalankan akan dapat digunapakai dalam melaksanakan amanah sebagai juru audit bagi pensijilan MS 1900:2005.

Terima kasih yang tak terhingga di atas pengorbanan dan komitmen yang tinggi terutama kepada pihak pengurusan tertinggi JAWHAR dan pengarah bahagian serta semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada semua. Selamat maju jaya dalam mengekalkan pensijilan MS 1900:2005 untuk JAWHAR!

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.34 Subuh 5.44 Syuruk 07.04 Zohor 13.06 Asar 16.28 Maghrib 19.03 Isyak 20.17
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 2 Disember, 2020 @ 8:56 AM
Top