index
Untitled Document

Pemakaian baju batik setiap hari KHAMIS diwajibkan kepada semua kakitangan berkuatkuasa mulai 17 Januari 2008.

AKAN DIADAKAN PADA 10 NOVEMBER 2008 DI DATARAN WAKAF.

PROGRAM KE ARAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN CINTAILAH NEGARA KITA DIADAKAN MINGGU PERTAMA SETIAP BULAN BERTEMPAT DI DATARAN PERDANA, BANGUNAN PERDANA PUTRA, PUTRAJAYA.

 
MENTERI
PERUTUSAN KETUA PENGARAH
PENGENALAN
CARTA ORGANISASI
BAHAGIAN
MERCU TANDA
 
 
 
 
"Ingat lima perkara sebelum lima perkara....."
 
 
   PENGUNJUNG
 
 
TEKAN PAPAN KEKUNCI '*'
ATAU 'SHIFT+8'UNTUK
KEMBALI KE LAMAN UTAMA
STATISTIK
http://www.jawhar.gov.my

 
  WAKAF
     
 
MAKLUMBALAS
 
 
 
 
 
Pilih Kategori :
 
Kategori :
Malaysia Government Portal and Website Assesment.
#1
Afiq Anis Bin Ismail
Selangor
02-01-2008
 
Hi,

I'm Afiq from MDeC,
we are currently undertaking yearly Malaysia Government Portal and Website Assesment.
Appreciate your feedback within 3 working days to determine response time.
Kindly contact Zairul/Husne/Baiduri/Afiq/Aiman at 03-83153180 for any enquiry.
Thank you.
Dijawab Oleh Pentadbir Sistem
Assalamualaikum,


We have received your email through our website system. We are pleased with your interest in our website. Thank for visiting www.jawhar.gov.my.

Information Technology Division
JAWHAR
Pembinaan Hotel Wakaf
#2
MAHATHIR
Putrajaya
02-11-2006
 
Difahamkan Jabatan Wakaf akan terbabit di dalam RMK 9 termasuk membina hotel. Soalannya mengapa memilih projek hotel? Bagaimana jika pengurusan hotel membiarkan maksiat berlaku? Menjual arak dsbnya.

Soalan di atas diutarakan pada 05.10.2006 tetapi tuan tidak menjawab persoalan perbuatan maksiat, penjualan arak yang mungkin berlaku di dalam operasi hotel wakaf itu nanti.
Dijawab Oleh Pentadbir Sistem
Terima kasih di atas pertanyaan tuan, Sila berhubung terus dengan pihak Bahagian Wakaf di talian 88837400 (Ustz Noor/En. Syarqawi) untuk maklumat lanjut berkaitan jawapan soalan yang di ajukan.

Sekian terima kasih.
Input kepada Ruangan Dokumentasi/Terbitan
#3
Mantan KUAD
KL
02-11-2006
 
Assalamualaikum,

Tahniahlah kerana prihatin kepada cadangan dulu..Tapi saya nak ingatkan sebelum terlupa...adalah baik jika Kertas yang dibentangkan oleh TKP sebelum ini di Sarawak dan beberapa Kertas lain yang dibentangkan oleh Pengarah Wakaf atau oleh KP di forum-forum peringkat kebangsaan atau antarabangsa diuploadkan ke dalam ruangan ini.

TK
Dijawab Oleh Pentadbir Sistem
Terima kasih atas cadangan Puan.

Input Ruangan Dokumentasi/Terbitan akan ditambah nanti seperti cadangan Puan.

Sekian, selamat bertugas di tempat baru.
Aktiviti LTH dan Anak Syarikat
#4
Rahim
Putrajaya
02-11-2007
 
1. Adakah pemantauan dibuat oleh pihak Jabatan Wakaf ke atas aktiviti yang dijalankan oleh anak syarikat LTH, samada mendatangkan keuntungan/berdaya saing/membantu menaikkan ekonomi umat Islam dsbnya?

2. Mengapa LTH melalui anak syarikat tidak melibatkan diri dalam bidang perniagaan yang boleh meningkatkan ekonomi orang Islam. Atau perniagaan yang dimonopoli oleh orang bukan Islam. Sedangkan LTH mempunyai dana yang besar dan mampu berbuat demikian bagi memastikan sesuatu produk itu halal.

Mengapa tidak berjawab?
Dijawab Oleh Pentadbir Sistem
Terima kasih di atas pertanyaan tuan,

Soalan-soalan tuan telah dimajukan kepada pihak Bahagian Haji yang bertanggungjawab menjawabnya namun pihak pentadbir sistem tidak menerima jawapan.

Tuan di minta menghubungi terus pihak Bahagian Haji bagi mendapat penjelasan lanjut di talian 03-88837400 (Ustz Hj. Aziz Mohamad)
Penjenamaan dan promosi
#5
Azid
Putrajaya
03-07-2008
 
Assalamualaikum... Saya sedia maklum tentang kewujudan JWZH ini, namun akronim JAWHAR baru pertama kali saya tahu apabila menerima email tentang kursus haji yang dianjurkan oleh pihak JAWHAR. Apabila saya melayari laman untuk mendapat keterangan lanjut, saya dapati kewujudan JAWHAR tidak kurang pentingnya seperti jabatan-jabatan yang lain, terutama kepada kepentingan dan kebajikan umat islam. namun,sebagaimana jabatan dan agensi-agensi kerajaan yang lain, apakah JAWHAR tidak memiliki logo/jenama jabatan yang khusus dengan sidikit promosi agar kewujudannya lebih disedari dan dikenali oleh umum dan dapat dijadikan rujukan oleh masyarakat islam yang mempunyai apa jua kemusykilan atau ingin mendapatkan maklumat tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan fungsi JAWHAR bagi memastikan kewujudannya lebih efisen dan berkesan. terima kasih.
Dijawab Oleh Pentadbir Sistem
Assalamu ‘alaikum,

En Azid
Putrajaya.

Tuan,

Terlebih dahulu kami di JAWHAR mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan tuan ke laman sesawang JAWHAR. Dan kami percaya, keprihatinan tuan kepada JAWHAR adalah terbit daripada kecintaan tuan yang mendalam terhadap agama Islam yang suci ini.

Merujuk pertanyaan tuan berkenaan logo JAWHAR yang tersendiri, buat masa ini JAWHAR memutuskan untuk menggunakan lambang rasmi Persekutuan sebagaimana amalan biasa kebanyakkan agensi kerajaan. Cadangan berkenaan logo yang tersendiri sememangnya pernah kami bincangkan. Bagaimana pun, keputusan yang telah diambil buat masa ini ialah mengekalkan penggunaan logo rasmi Persekutuan.

Dalam masa yang sama, JAWHAR terus aktif dan proaktif mempromosi jabatan dan fungsi-fungsinya. Sebagaimana yang tuan dapat saksikan di laman sesawang kami, penjenamaan semula kami dimulakan dengan pelancaran Pelan Strategik JAWHAR (2007-2011) seterusnya diikuti dengan Pelan Strategik Pengurusan Sumber Manusia JAWHAR dan Pelan Strategik ICT JAWHAR.

Menyentuh tentang usaha-usaha promosi JAWHAR, kami telah menggunakan beberapa pendekatan termasuklah melalui media cetak mahupun elektronik. Dokumentari terbitan kami INFAQ telah ditayangkan sebanyak 13 Episod di RTM1. Iklan-iklan pendek berkenaan institusi wakaf, zakat dan mal juga telah ditayangkan. Insya Allah, iklan-iklan ini akan ditayangkan lagi di RTM1 dalam masa yang terdekat ini. Manakala menerusi media cetak, kami memastikan program dan aktiviti JAWHAR mendapat liputan akhbar-akhbar perdana. Buletin JAWHAR juga diedarkan kepada semua kementerian dan masjid/surau di dalam Wilayah Persekutuan. Untuk warga Putrajaya, insya Allah dalam masa terdekat, iklan-iklan wakaf, zakat dan mal JAWHAR akan ditayangkan di billboard Anjung bermula bulan Ogos ini.

Sekali lagi, di atas saranan dan pandangan tuan, kami ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, wassalam.

Oleh : Encik Gunawan b A. Aziz
Aktiviti Pemantauan LTH
#6
Rahim
Putrajaya
03-12-2007
 
1. Adakah pemantauan dibuat oleh pihak Jabatan Wakaf ke atas aktiviti yang dijalankan oleh anak syarikat LTH, samada mendatangkan keuntungan/berdaya saing/membantu menaikkan ekonomi umat Islam dsbnya?

2. Mengapa LTH melalui anak syarikat tidak melibatkan diri dalam bidang perniagaan yang boleh meningkatkan ekonomi orang Islam. Atau perniagaan yang dimonopoli oleh orang bukan Islam. Sedangkan LTH mempunyai dana yang besar dan mampu berbuat demikian bagi memastikan sesuatu produk itu halal.
Dijawab Oleh Bhg. Haji
Soalan 1:

Ya, salah satu daripada tujuan pemantauan yang dilaksanakan oleh JAWHAR adalah untuk memastikan supaya aktiviti dan program yang dilaksanakan oleh anak-anak syarikat LTH dapat membantu meningkatkan perkembangan sosio-ekonomi umat Islam berdasrkan kepada arahan. Walaubagaimanapun, setakat ini JAWHAR hanya menumpukan pada aspek-aspek pengurusan haji dan pelaburan yang dilaksanakan oleh LTH dan anak-anak syarikatnya sahaja dahulu.


Soalan 2:

Untuk makluman pihak tuan, anak-anak syarikat LTH telah melibatkan diri dalam beberapa bidang perniagaan untuk membantu meningkatkan tahap ekonomi umat Islam, diantaranya adalah:

1) TH Travel & Services: Menyediakan perkhidmatan haji, umrah dan pelancongan.
2) TH Plantations: Memajukan sektor perladangan khususnya dalam penanaman kelapa sawit dan kayu jati.
3) TH Properties: Berperanan dalam memajukan pembangunan hartanah seperti pembinaan perumahan dan pembinaan Bandar Enstek.
4) TH Technologies: Menyediakan kemudahan infrastuktur dan binaan bangunan seperti Menara Wakaf di Perak, pembinaan kuaters Polis di USJ, pembinaan Express Rail Link (ERL) dan pembinaan Hospital Sungai Petani di Kedah)
Maklumat Tanah Wakaf
#7
Hamzah
Selangor
03-12-2007
 
Saya baru masuk laman ni dan mendapati ada banyak perubahan dan maklumat yang bermenfaat buat Muslimin & Muslimat berkenaan Wakaf, Zakat & Haji.

Tahniah untuk semua, semuga di masa yang akan datang dapat kiranya pihak Jabatan ini mengadakan informasi yang lebih mendalam mengenai Wakaf;
1. Mengapa ia dianjurkan oleh Islam
2. Siapa yang harus berwakaf
3. Faedah berwakaf kepada ummah
4. Bagaimana Jabatan Wakaf Negeri/Pusat berfungsi untuk mentadbir harta wakaf tersebut (Master Plan dan impact kepada ekonomi ummah)
5. Peluang yang ada kiranya usahawan muslim ingin menyewa/berniaga/mengusahakan harta wakaf tersebut dan syarat-syaratnya.
6. Banyak lagi perkara berkaitan untuk dikongsi bersama ummah sebagai maklumat. Haji & Zakat agak banyak maklumat yang telah dihebahkan namun begitu sedikit sekali berkenaan wakaf.

Insya-allah saya akan perhatikan perkembangan semasa website ini dan dari masa ke semasa cuba memberi pandangan kiranya pihak Jabatan sudi mempertimbangkannya.

wassalam
Dijawab Oleh Bhg. Wakaf
Tuan,



Semoga warkah ini menemui Tuan dalam keredhaan dan limpahan rahmat Allah S.W.T jua, InsyaAllah.



2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR) mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan dan keperihatinan tuan dalam membangunkan wakaf di negara kita bagi kemaslahatan dan manfaat umat Islam. Jabatan kami akan sedaya upaya mencari dan menambah maklumat-maklumat berkaitan untuk didedahkan kepada umum bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman umat Islam dalam amalan wakaf, zakat dan h. Kami juga akan sentiasa meningkatkan dan memperkemaskini laman web Jabatan ini bagi kemudahan umum.



3. Jabatan kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan dan buah fikiran dari orang ramai bagi sama-sama memajukan pembangunan wakaf di negara kita. Segala keperihatinan dan sokongan tuan didahului dengan ucapan terima kasih.



Sekian.
Keperluan pengwujudan Jabatan
#8
SYJ
Malaysia
05-09-2006
 
Apakah keperluan pengwujudan Jabatan ini? Apakah hasil yang telah diperolehi dari pengwujudan Jabatan ini?
Dijawab Oleh Timb. Ketua Pengarah
Pada dasarnya JWZH ditubuhkan untuk membantu Majlis agama Islam negeri-negeri dalam merancang dan membangun institusi mal khasnya institusi wakaf dan zakat. Ia juga diamanahkan untuk membantu Lembaga Tabung Haji dalam merancang pembangunannya dan mengawal selia aktiviti yang dijalankan selaras dengan dasar kerajaan berpuncakan kuasa yang termaktub dalam Akta Tabung Haji.
Setakat ini JWZH telah berjaya
2.1 Membawa MAIN bersama-sama berfikir untuk untuk mengatasi kekangan yang sedia ada sama ada dalam pengurusan sumber manusia, kewangan, kepakaran, organisasi, kesedaran/awareness dan undang-undang.

2.2 Menganjur seminar, konvensyen, mesyuarat dan bengkel-bengkel bagi mengatasi kekangan dan masaalah yang telah dikenalpasti dengan melibatkan MAIN dan jabatan muftisemua negeri.

2.3 Berusaha mencari sember kewangan dari Kerajaan Persekutuan bagi membantu MAIN menjalankan aktiviti pembangunan mereka. Dengan ini dapat mengurangkan bebanan kewangan yang sedia ditanggung oleh MAIN.

2.4 Menyedia prosedur dan guide lines dalam pengurusan tanah wakaf dan pengagihan zakat

2.5 Menyedia model enekmen wakaf untuk diguna pakai oleh semua MAIN

2.6 Memberi taklimat dan idea pengembangan institusi mal dalam Islam.

2.7 Memenuhi jemputan membentang kertas kerja dalam seminar dan konvensyen

2.8 Memenuhi jemputan dan participate dalam kursus-kursus yang dianjurkan oleh kerajaan

2.9 Bekerjasama dengan institusi kerajaan dan juga swasta dalam mewujud produk-produk mal khasnya wakaf

2.10 Sedang berusaha untuk menubuh sebuah Yayasan Wakaf Kebangsaan dan Tabung Wakaf Kebangsaan yang akan dianggotai oleh seluruh MAIN. Sudah berada diperengkat akhir. Hanya menunggu green light dari pihak pihak Kerajaan.
Lembaga Tabung Haji
#9
S
Malaysia
05-09-2006
 
Adakah Jabatan ini mengawalselia Lembaga Tabung Haji? Jika ya apakah bentuk penyeliaan / pengawasan yang dijalankan ke atas LTH? Apakah mekanisme yang digunakan?
Dijawab Oleh Timb. Ketua Pengarah
Ya JWZH juga diamanahkan untuk mengawal selia LTH. Walaubagaimana pun kuasa nya tertakluk kepada peruntukan yang ternyata dalam AKTA Tabung Haji.

Setakat ini, pengurusan jemaah haji adalah main issue yang difokuskan. Begitu juga nasihat-nasihat berkenaan dengan pelaburan yang AKAN dibuat oleh LTH. Kuasa JWZH adalah tertakluk kepada kuasa menteri sepertimana ynag termaktub dalam undang-undang.
Projek Wakaf
#10
Mahathir
Putrajaya
05-10-2006
 
1. Difahamkan Jabatan Wakaf akan terbabit di dalam RMK 9 termasuk membina hotel. Soalannya mengapa memilih projek hotel? Bagaimana jika pengurusan hotel membiarkan maksiat berlaku? Menjual arak dsbnya.
Dijawab Oleh Bhg. Wakaf
Pembangunan Industri Perhotelan di Atas Tanah Wakaf :

- Menyelesaikan keperluan fardhu kifayah bagi umat Islam yang bermusafir.
- Menyediakan tempat beristirehat yang islamik, murah dan tanpa was-was di atas tanah-tanah wakaf yang strategik.
- Membangunkan kepakaran pengurusan hotel dan rangkaian hotel dikalangan usahawan umat islam.
- Menyediakan peluang pekerjaan kepada umat Islam melalui rantaian kontrak kecil seperti dobi, bekalan makanan dan pencucian.
- Mewujudkan kerjasama antara semua MAIN dengan Kerajaan Persekutuan dalam membangunkan wakaf.
   
Muka [ 1 ,2 ,3 ]
 
 
 
 

 

 
Laman ini dibangun dan diselenggara oleh BTM JAWHAR
Paparan menarik IE versi 6.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768