Awam Kerajaan Warga JAWHAR

MAJLIS TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN PUSPANITA 2015 “SEMARAKKAN RAMADHAN”

puspanita

PUTRAJAYA, 24 Jun 2015 – PUSPANITA Kebangsaan dibawah Biro Agama, Biro Kebajikan dan Biro Pesara dengan sokongan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan satu Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran dengan bertemakan “Semarakkan Ramadhan” bertempat di Dewan Sri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya. Seramai lebih kurang 700 orang peserta yang terdiri dari seluruh ahli PUSPANITA Kementerian dan Negeri telah hadir kemajlis tersebut. PUSPANITA Cawangan Kecil JAWHAR turut tidak ketinggalan dengan menghantar seramai 10 orang wakil ke majlis tersebut.

Majlis yang berlangsung selama hampir lima  jam itu telah dirasmikan oleh YBhg. Puan Sri Datuk Rohani binti Abdullah, selaku Yang Di Pertua PUSPANITA Kebangsaan. Semua peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut juzuk yang terdapat di dalam Al-Quran. Setiap kumpulan juga telah dibimbing oleh seorang guru pembimbing yang akan memantau setiap bacaan peserta di dalam kumpulan.

Majlis dimulakan dengan solat sunat tasbih secara berjamaah yang dipimpin oleh  Guru dari Darul Quran JAKIM. Seterusnya majlis tadarus Al-Quran oleh setiap kumpulan masing-masing dan diikuti pula dengan majlis khatam al-Quran beramai-ramai. Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan kumpulan nasyid oleh pelajar –pelajar dari Sekolah Menengah Agama, Putrajaya.

Majlis di akhiri dengan sesi penyampaian cenderahati oleh Yang Di Pertua PUSPANITA Kebangsaan kepada kesemua para pembimbing dan ketua kumpulan tadarus.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top