Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Majlis Ta’aruf Dengan Datuk Haji Anan C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR Yang Baru

Putrajaya 9 Mei 2011 – Hari ini merupakan detik bersejarah bagi seluruh warga JAWHAR kerana menerima kehadiran YBhg. Datuk Hj. Anan C. Mohd yang memulakan tugas sebagai Ketua Pengarah yang baru. Beliau menggantikan YBhg. Dato’ Hj. Sohaimi Hj. Mohd Salleh yang bertukar ke Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri.

Majlis telah diadakan di Bilik Gerakan pada jam 12.00 tengahari dimulai dengan bacaan Al-Fatihah dan doa disusuli majlis ta’aruf atau suai kenal antara beliau dengan warga JAWHAR. Setiap warga JAWHAR yang hadir memperkenalkan diri masing-masing. Yang menariknya, beliau telah mengenali beberapa orang warga JAWHAR kerana mereka pernah bertugas bersama beliau di JAKIM. Oleh itu, kehadiran beliau sebagai Ketua Pengarah yang baru dirasakan amat bermakna sekali.

 

Beliau kemudiannya menyampaikan amanat yang mengandungi beberapa nasihat, panduan, harapan dan perancangan masa hadapan untuk menjadikan JAWHAR sebagai sebuah agensi yang berjaya merealisasikan program-program bidang teras seperti wakaf, zakat, mal dan haji dengan jayanya. Beliau mengharapkan bidang-bidang teras ini perlu diberi nafas baru melalui kaedah inovasi di mana percambahan fikiran hendaklah digarap sebaik mungkin supaya hasilnya nanti mampu menjadikan JAWHAR sebagai ikon kejayaan dalam kelasnya yang tersendiri.

 

Sebagai contoh, beliau mengharapkan bidang umrah sebagai pemangkin kejayaan JAWHAR di mana ia tidak dikawal oleh mana-mana pihak dan di luar kawalan Tabung Haji. Oleh itu, JAWHAR hendaklah menggembleng tenaga dan usaha agar bidang umrah ini dikawal sepenuhnya oleh JAWHAR sehingga masyarakat akan memandang JAWHAR dengan optimis sebagai agensi yang mampu menambahbaik pengurusan umrah ke tahap yang membanggakan sama halnya dengan kejayaan Tabung Haji menguruskan hal ehwal haji dengan berkesan hingga tersohor di peringkat antarabangsa. Maka, dari situ masyarakat memandang tinggi terhadap JAWHAR dan pada masa yang sama JAWHAR menjadi sinonim dengan kecemerlangan pengurusan umrah di peringkat nasional.

YBhg. Datuk Hj. Anan C. Mohd turut beramah mesra dengan seluruh hadirin di mana beliau menyatakan bahawa sebagai Ketua Pengarah, beliau sentiasa bersikap terbuka terhadap pandangan dan cadangan yang boleh membawa kepada kecemerlangan JAWHAR. Beliau memohon seluruh warga JAWHAR memberikan sokongan dan bantuan kepada beliau dalam usaha menjayakan cita-cita murni JAWHAR yang membawa ummah menuju kemajuan dan kejayaan sepanjang zaman.  Majlis berakhir pada jam 1.10 tengah hari dengan bacaan tasbih kafarah dan Surah Al-‘Asr.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top