Majlis simbolik penyerahan bantuan barangan keperluan harian bernilai RM20,000.00 melalui Dana Tabung Wakaf Bencana Covid 19 bertempat di SK Kuala Kuang Kupang, Kedah
Kedah, 27 Jun 2020 | YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Ketua Pengarah JAWHAR telah menghadiri Majlis Musaadah Covid 19 dengan kerjasama JAWHAR, YWM, YaPEIM dan Yayasan Taqwa MAIWP bertempat di SK Kuala Kuang, Kupang, Kedah. Majlis simbolik penyerahan bantuan barangan keperluan harian bernilai RM20,000.00 melalui Dana Tabung Wakaf Bencana Covid 19, YWM kepada 200 asnaf dan sumbangan tambahan YaPEIM kepada 100 asnaf serta sumbangan RM15,000.00 Yayasan Taqwa MAIWP kepada pihak sekolah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di JPM Hal Ehwal Agama.