Soalan Lazim

Hubungi Kami

Maklum Balas

Peta Laman

Assalamualaikum

Page Title

Assalamualaikum

MAJLIS PENYERAHAN MOCK CHEQUE TNB & PETRONAS

PUTRAJAYA, 07 Mei 2021 | YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Ketua Pengarah JAWHAR,  menerima Sumbangan MyHAUS dari Tenaga Nasional (TNB) Berhad dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) di Kompleks Islam Putrajaya. Alhamdulillah, TNB bersetuju untuk menyumbang RM1.26 juta kepada JAWHAR bagi membaikpulih 36 buah rumah asnaf di seluruh negara. Manakala PETRONAS bakal bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu bagi membaikpulih 3 buah rumah asnaf di Terengganu. Sumbangan RM20,000 oleh PETRONAS turut disampaikan bagi program Musaadah COVID-19 JAKIM-YWM.


Program MyHAUS adalah inisiatif kerajaan melalui agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri iaitu Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) bagi membaikpulih atau membina semula rumah dan pemberian skim bantuan kepada asnaf yang berkelayakan. Ia dilakukan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri, Agensi Mengurus Zakat Negeri dan syarikat-syarikat GLC.

Scroll to Top
Skip to content