Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Majlis Penyerahan Manuskrip Panduan Pengurusan Wakaf Institusi Pendidikan

Putrajaya, 16 Julai 2018 – YBrs. Haji Ahmad Musadad bin Haji Sulaiman, Ketua Pengarah JAWHAR telah menerima Manuskrip Panduan Pengurusan Wakaf Institusi Pendidikan (PPWIP) daripada YBrs. Dr. Haji Razali bin Othman, Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam satu majlis khas yang turut dihadiri oleh Encik Hairolanuar bin Mohamad, Pengarah Bahagian Wakaf dan Encik Ruzman bin Ramli, Pengarah Bahagian Baitulmal, JAWHAR, wakil pakar akademik dan para pegawai daripada Bahagian Wakaf, JAWHAR dan WAZAN, UPM. Penghasilan manuskrip ini merupakan kerjasama sinergi di antara Bahagian Wakaf, JAWHAR dengan WAZAN, UPM dan jalinan erat Majlis Agama Islam Negeri, pakar-pakar akademik dari  pelbagai universiti awam dan swasta, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PPWIP berfungsi sebagai panduan asas bagaimana untuk menubuhkan entiti pengurusan wakaf institusi pendidikan sehinggalah bagaimana untuk mentadbir dan mengurus serta kaedah pelupusan atau penyahiktirafan harta wakaf. JAWHAR berharap agar penerbitan PPWIP akan dapat membantu seluruh institusi pendidikan di Malaysia termasuk institusi pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, institusi pondok, tahfiz dan Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta dalam mengemudi hal ehwal pentadbiran dan pengurusan wakaf.​

 

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.38 Subuh 05.48 Syuruk 07.02 Zohor 13.10 Asar 16.14 Maghrib 19.12 Isyak 20.20
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 24 September, 2018 @ 9:56 AM
Top