Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Majlis Penyerahan Kunci Pusat Saudara Baru, Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus

Majlis Penyerahan Kunci Bangunan Pusat Saudara Baru, Seremban Negeri Sembilan yang diadakan pada  27 Januari 2011  telah  berlangsung dengan penuh  meriah. YAB  Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah menerima replika kunci sebagai tanda rasminya penyerahan bangunan tersebut daripada  YBhg.  Dato’ Dr. Hj Sohaimi bin  Hj Mohd Salleh, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) Jabatan Perdana Menteri. Majlis tersebut  telah dihadiri 1,200 tetamu jemputan termasuk penduduk tempatan yang tinggal   di kawasan sekitar. Penganjuran Majlis Penyerahan Kunci Bangunan tersebut telah berjalan dengan jayanya  hasil kerjasama daripada  MAINS, JAWHAR dan Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan.

Bangunan Pusat Saudara Baru yang dibina mengikut konsep senibina Masjid Xian di China lengkap dengan laman dan menara pagoda telah menelan belanja RM7.8 juta.  Kerajaan Persekutuan menerusi JAWHAR telah memperuntukan sebanyak RM4.5 juta dan selebihnya sebanyak RM3.3juta telah  dibiayai  oleh MAINS. Projek Pembanguan Hartanah JAWHAR  ini adalah yang ke lapan berjaya disiapkan hasil daripada usaha gigih, komitmen jitu dan kerjasama erat  yang diberikan oleh semua pihak yang terbabit.

Pusat Saudara Baru akan menjadi mercu tanda di Negeri Sembilan di samping menjadi tempat saudara baru/mualaf mendalami dan memantapkan kefahaman Islam dengan solat berjemaah, mengikuti kelas bimbingan akidah dan al-Quran serta pelbagai lagi aktiviti sosial dan kemasyarakatan. Perbagai  kemudahan disediakan antaranya Dewan Serbaguna, Dewan Makan, Bilik Mesyuarat, Bilik Iman, Bilik VIP, Perpustakaan, Bilik Mandi Jenazah, Dewan Solat Utama, Ruang Pejabat, Hostel dan juga Kuarter Mubaligh.

Semasa ucapan awal majlis, Ketua Pengarah JAWHAR telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan  di atas sokongan dan dokongan padu terhadap pembinaan Pusat Saudara Baru. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan khususnya kepada JKR Daerah Seremban dan kontraktor  yang dilantik  kerana telah berjaya menyiapkan Pusat Saudara Baru mengikut jadual yang ditetapkan. Menurutnya lagi, ia selaras dengan visi dan misi JAWHAR  meningkatkan taraf sosio-ekonomi ummah menerusi pengukuhan institusi wakaf yang berfokuskan kepada ekonomi, kesihatan, pendidikan, perumahan dan agama.

Di dalam ucap utama YAB Menteri  Besar Negeri Sembilan, beliau telah menzahirkan rasa gembiranya di atas kejayaan  JAWHAR, MAINS dan JKR  berpadu membangunkan Pusat Saudara Baru di tanah wakaf Jalan Mufti Ahmad, Rahang Square, Negeri Sembilan. Dengan siapnya Pusat Saudara Baru Seremban, ia akan membantu kerajaan negeri  menguruskan saudara baru/muallaf  berbangsa cina menikmati kehidupan baru yang lebih selesa selepas disisihkan oleh keluarga mereka. Dianggarkan lebih  kurang dua ribu orang muallaf  di  Negeri Sembilan bakal menikmati kemudahan tersebut. Tambah beliau lagi, Kerajaan Negeri menerusi Pejabat Mufti sedang mempertimbangkan cadangan untuk menjadikan Dewan Solat Utama di Pusat Saudara Baru tempat menunaikan solat Jumaat. Ia akan memberikan kemudahan kepada penghuni yang mendiami di Pusat tersebut dan juga kepada penduduk yang berada di sekitarnya.

Spain also offers a vibrant history proceed this url of literary works and significant.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.39 Subuh 5.49 Syuruk 07.01 Zohor 13.19 Asar 16.14 Maghrib 19.39 Isyak 20.38
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 8 Jun, 2021 @ 8:00 AM
Top