Awam Kerajaan Warga JAWHAR

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI PANGSAPURI WAKAF SITI DAN HAJJAH NORIJAH, SUNGAI NIBONG, PULAU PINANG

23 Februari 2020 | Majlis Penyerahan  Kunci Pangsapuri Wakaf Siti dan Hajjah Norijah, Sungai Nibong Pulau Pinang diadakan dengan jayanya oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bertempat di perkarangan Pangsapuri Kos Sederhana Rendah, Sungai Nibong, Pulau Pinang.

Pangsapuri ini akan dinamakan sebagai Pangsapuri Wakaf Siti Dan Hajjah Norijah, Sungai Nibong, Pulau Pinang secara rasminya oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP).

Majlis penyerahan ini dihadiri oleh YB Dato’ Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin bin Abd. Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Di Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR). Program penyerahan ini turut dimeriahkan dengan kehadiran pegawai-pegawai daripada Bahagian Wakaf, JAWHAR, Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP), Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) serta agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Negeri Pulau Pinang.

Pangsapuri yang tersergam indah di kawasan Sungai Nibong ini terdiri daripada satu (1) blok bangunan ( 14 tingkat) yang mengandungi 77 unit kediaman serta dilengkapi juga dengan sebuah kemudahan masyarakat, empat (4) buah unit kedai, satu (1) pejabat pengurusan, taman permainan dan kawasan parkir kereta dan motorsikal bagi memastikan suasana yang selesa dan kondusif kepada penghuni pangsapuri ini.

Pembinaan pangsapuri ini bertepatan dengan usaha Kerajaan Persekutuan untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terutamanya golongan Asnaf dan Kumpulan B40 khususnya di kawasan luar bandar terpelihara. Ia juga bakal memberi harapan baru kepada keluarga Asnaf Bumiputera Pulau Pinang untuk memiliki rumah bertepatan dengan konsep ‘1 Keluarga 1 Rumah Mampu Milik (RMM)’ selaras dengan hasrat Kerajaan dalam penyediaan 1,000,000 unit RMM oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.34 Subuh 5.44 Syuruk 07.06 Zohor 13.19 Asar 16.45 Maghrib 19.28 Isyak 20.44
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 2 Julai, 2020 @ 3:13 PM
Top