Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Majlis Penyerahan Kunci Bangunan Kompleks Pendidikan Maahad Al Mashoor Al Islami Balik Pulau, Pulau Pinang

Balik Pulau, Pulau Pinang 21 Disember 2010 bersamaan 15 Muharram 1432HSatu lagi projek pembangunan hartanah wakaf Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) telah berjaya disiapkan. Bangunan pendidikan yang didirikan di atas tanah seluas 12 hektar dengan kos sebanyak RM38.4 juta ini merupakan projek terbesar yang dilaksanakan oleh JAWHAR di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) dengan kerjasama JKR dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Jadi pada 21 Disember 2010, Majlis Penyerahan Kunci Bangunan Kompleks Pendidikan Maahad Al Mashoor Al Islami Balik Pulau, Pulau Pinang ini telah diadakan dan disempurnakan dengan menandatangani sijil serahmilik bangunan oleh Y.Bhg. Ar. Prof. Datuk Dr. Amer Hamzah bin Mohd Yunus, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am, Jabatan Kerja Raya Malaysia kepada Y.Bhg. Dato’ Dr. Hj. Sohaimi Hj. Mohd Salleh, Ketua Pengarah JAWHAR. Seterusnya bangunan ini diserahkan kepada Y.Bhg. Tuan Haji Ellias Hj Zakaria, Yang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) selaku pemegang amanah tunggal tanah wakaf tersebut.

Majlis ini telah disaksikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom(B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri bersempena dengan lawatan projek oleh YB Menteri di atas Kompleks pendidikan tersebut.

Turut sama memeriahkan lagi majlis yang penuh bermakna ini ialah YB. Dato’ Seri Dr. Hilmi Bin Hj. Yahya, ADUN Teluk Bahang, Y.Bhg. Tuan Haji Ellias Hj Zakaria Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Y.Bhg. Datuk Othman Bin Mahmood Timbalan Ketua Setiausaha, Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Tuan Nik Ali Bin Mat Yunus Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, YBhg. Tuan Hj. Ahmad Latif Bin Hj. Abdul Hamid Pengarah Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang, Encik Umar bin Abdul Aziz, Ketua Sektor Pendidikan Islam , Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang dan juga YBhg Dato’ Seri Shamsuri bin Hj Muhamad Saleh, Pengerusi Jemaah Pengurusan Maahad Al-Mashoor Al-Islami

Menurut perancangan yang dikemukakan, Kompleks Pendidikan ini akan beroperasi bermula awal tahun hadapan di mana jumlah pelajarnya adalah sekitar 230 orang. Jumlah ini akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut kuota yang ditetapkan.

Kompleks yang mampu menempatkan sehingga 800 pelajar itu dibangunkan di atas tanah wakaf milik Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang mengandungi kemudahan 2 blok asrama 4 tingkat, blok pentadbiran 3 tingkat, blok akademik 4 tingkat, 1 blok dewan makan dan juga kemudahan sukan.
Kewujudan sekolah agama rakyat yang dianggap terbesar di Malaysia ini diharapkan dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang selesa kepada pelajar dan pada masa yang sama para guru juga boleh menghasilkan mutu pengajaran yang berkesan kepada para pelajar.

Penubuhan kompleks ini ternyata membuktikan bahawa kerajaan amat prihatin dan menitikberatkan aspek pembangunan modal insan ke arah memartabatkan pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia selaras dengan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Authors emotions placed into his or proceed the site her literature?

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.34 Subuh 5.44 Syuruk 07.04 Zohor 13.06 Asar 16.28 Maghrib 19.03 Isyak 20.17
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 2 Disember, 2020 @ 8:56 AM
Top