Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Majlis Penyerahan Bangunan Asrama Pelajar Gong Kepas, Mukim Kampung Raja, Besut, Terengganu dan Majlis Menandatangani Perjanjian Pengurusan Asrama

JAWHAR telah melakar satu lagi sejarah pada 15 Oktober 2012 bersamaan 29 Zulkaedah 1433H di mana telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Bangunan Asrama Pelajar Gong Kepas, Mukim Kampung Raja, Besut, Terengganu oleh JAWHAR kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Majlis Menandatangani Perjanjian Pengurusan Asrama oleh MAIDAM kepada Yayasan Terengganu.

Majlis yang penuh bermakna ini telah disempurnakan dan disaksikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Jabatan Perdana Menteri, Puan Hajjah Hasnah binti Haji Salleh. Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah JAWHAR, YBhg. Datuk Anan bin C. Mohd; Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Datuk Haji Mohd Rozali bin Salleh; ADUN Kawasan Kota Putra, Tuan Haji Mohd Pehemei bin Salleh; Pengarah Baitulmal Negeri Terengganu, Tuan Haji Harujan bin Wan Sulaiman; Pegawai Daerah Terengganu; wakil-wakil JKR Ibu Pejabat dan Negeri; pegawai-pegawai JAWHAR; para jemputan dari kalangan pelajar sekolah serta masyarakat tempatan yang dianggarkan seramai 300 orang.

Bangunan ini yang diberi nama Kompleks Pelajar Wakaf Wan Abdul Latif sempena mengambil nama pewakaf yang mewakafkan tanah tersebut adalah merupakan sebuah lagi ikon wakaf ke-14 JAWHAR di Negeri Terengganu yang berfokuskan kepada kebajikan dan pendidikan luar bandar. Ikon wakaf yang serba indah ini adalah merupakan sebuah kompleks pelajar yang terdiri daripada 2 buah bangunan asrama pelajar bertaraf kolej yang boleh memuatkan sehingga 200 pelajar pada satu-satu masa. Bangunan yang menelan kos sebanyak RM 7.7 juta ini juga dilengkapi dengan blok bangunan pentadbiran dan rumah warden. Terdahulu, majlis penyerahan bangunan asrama pelajar ini di antara pihak JAWHAR dan JKR Negeri Terengganu telahpun diadakan pada 10 September 2012 yang lalu.

Alhamdulillah, berkat inisiatif perkongsian pintar (Smart Partnership) bersama-sama pihak JAWHAR, MAIDAM, JKR Negeri serta pihak-pihak lain yang terlibat di bawah Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy), segala usaha gigih, komitmen jitu dan kerjasama erat yang telah diberikan telah membuahkan hasil dan sekaligus memberikan gambaran betapa Kerajaan begitu serius mengenai keperluan penyediaan kemudahan infrastruktur yang lebih sempurna khususnya kepada semua masyarakat Islam khasnya di Negeri Terengganu.

Fully dressed, and sarah is ducttaping a pair of flipflops on her pro-essay-writer.com bare!

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.34 Subuh 5.44 Syuruk 07.04 Zohor 13.06 Asar 16.28 Maghrib 19.03 Isyak 20.17
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 2 Disember, 2020 @ 8:56 AM
Top