Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Majlis Musaadah Covid19 dengan kerjasama JAWHAR, Yayasan Waqaf Malaysia, MAIWP dan Yayasan Taqwa MAIWP

Kuala Lumpur, 13 Mei 2020 | YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Ketua Pengarah,JAWHAR telah menghadiri Majlis Musaadah Covid19 dengan kerjasama JAWHAR, Yayasan Waqaf Malaysia, MAIWP dan Yayasan Taqwa MAIWP bertempat di Pejabat Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM), Kuala Lumpur. Majlis simbolik penyerahan bantuan barangan keperluan harian bernilai RM5,000.00 melalui Dana Tabung Wakaf Bencana Covid19, YWM kepada 100 OKU Penglihatan yang berdaftar dengan YOBM.

Majlis disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mewakili YB Menteri. Kebanyakan penerima bekerja sebagai penjaja tisu dan tukang urut yang bergantung 100% kepada pendapatan harian di samping bantuan dari NGO yang berkaitan. Turut hadir YBrs. Tuan Abdul Halim bin Mat Yusop, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YWM; YBrs. Tuan Ir. Abd Karim bin Mohamed @ Ismail, Pengurus Bahagian Pembangunan dan Pelaburan MAIWP; YBrs. Tuan Haji Zabidi bin Nasan, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa, MAIWP; danEncik Silatul Rahim bin Dahman, Ketua Pegawai Eksekutif YOBM.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.32 Subuh 5.42 Syuruk 07.01 Zohor 13.12 Asar 16.34 Maghrib 19.20 Isyak 20.34
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 29 Mei, 2020 @ 3:25 PM
Top