Majlis Musaadah Covid19 bertempat di SMK Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor
Bangi, 20 Mei 2020 | YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Ketua Pengarah, JAWHAR telah menghadiri Majlis Musaadah Covid19 dengan kerjasama JAWHAR, Yayasan Waqaf Malaysia dan Yayasan Taqwa MAIWP bertempat di SMK Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Majlis simbolik penyerahan bantuan barangan keperluan harian bernilai RM10,000.00 serta wang tunai melalui Dana Tabung Wakaf Bencana Covid19, YWM kepada 100 keluarga pelajar yang kurang berkemampuan disempurnakan oleh YB Tuan Haji Ahmad Marzuk bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir YBrs. Tuan Abdul Halim bin Mat Yusop, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YWM; YBrs. Tuan Haji Arbain bin Pinni, Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat; YBrs. Puan Massita binti Mohammed Sin, Pengetua SMK Jalan Tiga; dan YBrs. Dr. Ibrahim bin Mohamed, YDP PIBG SMK Jalan Tiga.