Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Majlis Musaadah Covid19 bertempat di Pahang Darul Makmur

Kuantan, 19 Mei 2020 | YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Ketua Pengarah,JAWHAR telah menghadiri Majlis Musaadah Covid19 dengan kerjasama JAWHAR, Yayasan Waqaf Malaysia dan Yayasan Taqwa MAIWP bertempat di Pahang Darul Makmur. Lokasi melibatkan Kompleks Asnaf Sungai Soi, Kuantan seramai 100 orang, Masjid Kampung Temai seramai 35 orang dan Perumahan Bersepadu Komuniti Bukit Kenau, Pekan seramai 65 orang.

 

Majlis simbolik penyerahan bantuan barangan keperluan harian bernilai RM20,000.00 serta wang tunai melalui Dana Tabung Wakaf Bencana Covid19, YWM kepada 200 penerima asnaf fakir dan miskin, warga emas, muallaf dan B40 yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan wabak Covid19 disempurnakan oleh YB Senator Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir SS Dato’ Sri Dr. Abdul Rahman bin Osman, Mufti Kerajaan Negeri Pahang; YH Dato’ Ahmad Hairi bin Haji Hussain, Setiausaha #MUIP;YBrs. Tuan Abdul Halim bin Mat Yusop, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YWM; dan YBrs. Tuan Haji Zabidi bin Nasan, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa, MAIWP.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top