Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Majlis Musaadah Covid-19 -Kembara Sahur

Selangor, 28 April 2020 | YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Ketua Pengarah JAWHAR, telah menghadiri Majlis Musaadah Covid-19 -Kembara Sahur. Program ini adalah dengan kerjasama JAWHAR, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) MAIS dan McDonalds, bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat, Puchong, Selangor. Majlis penyampaian juadah bersahur kepada anggota Balai Bomba dan Penyelamat, Puchong dan IPD Serdang ini disempurnakan oleh YB Senator Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir ialah YBrs. Tuan Abdul Halim bin Mat Yusop; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YWM, YBrs. Tuan Azizulhakim bin Idris; Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Puchong, YBrs. Tuan Inspektor Farid Tan; wakil IPD Serdang, Encik U. Asmazie bin Mat Jusoh; Pegawai Kebajikan Masyarakat dan Puan Hamidah binti Hamzah; Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Integrasi Berwawasan. Setelah itu, YB Menteri bersama-sama para peserta kembara menziarah dan menyampaikan sumbangan kepada tiga buah keluarga Orang Kelainan Upaya (OKU) yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan wabak Covid19.

 

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top