Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman JAWHAR-UPM

Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) sekali lagi mengorak langkah dalam aspek kerjasama pintar dengan menandatangani Perjanjian Persefahaman bersama Universiti Putra Malaysia UPM.

Majlis gilang gemilang itu telah berjaya dilaksanakan pada 28 Mei 2012 bertempat di Dewan Al-Farabi, Fakulti Ekologi Manusia, UPM.

Dalam usaha memantapkan pengurusan hal ehwal wakaf, zakat mal dan haji, JAWHAR yang merupakan agensi Kerajaan di peringkat persekutuan sentiasa mengintai peluang dan ruang yang ada bagi terus menjalineratkan hubungan kerjasama pintar bersama pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia.

Hubungan kerjasama pintar bersama UPM dilihat sebagai satu langkah yang efektif dalam menyahut seruan Kerajaan dalam aspek Blue Ocean Strategy, di mana UPM yang merupakan Institusi Pengajian Tinggi mempunyai kepakaran dan pengalaman yang tinggi dalam bidang pertanian manakala JAWHAR pula sedang giat membangunkan hartanah wakaf di seluruh negara.

MoU bersama UPM merupakan perjanjian pintar yang ke-6 di samping bersama UUM, USM, USIM, UKM-Pakar Runding dan sebagainya. Majlis yang diserikan dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEPA), YBhg Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi bin Hj. Ramlan dan kakitangan Fakulti Ekologi Manusia serta Pegawai-Pegawai JAWHAR.

“Salah satu ruang yang saya nampak adalah dengan terjalinnya perjanjian persefahaman pada petang ini, JAWHAR bersama-sama UPM bolehlah mengenalpasti tanah-tanah wakaf yang bersesuaian untuk dibangunkan sebagai pertanian komersial bagi tujuan pengukuhan institusi wakaf di Malaysia”-YBhg. Datuk Ketua Pengarah JAWHAR.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top