Awam Kerajaan Warga JAWHAR

MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH (IBR)

PUTRAJAYA, 22 Februari 2018 – Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) menzahirkan sokongan terhadap usaha-usaha pencegahan rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Syura Utama Jannatul Firdaus, Aras 9, JAWHAR. IBR merupakan satu inisiatif baharu yang diperkenalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memberi penekanan kepada ikran dan janji yang dibuat oleh para pemimpin organisasi dan warganya secara sukarela atas kapisiti sebagai individu yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah selama mereka memegang jawatan tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Seramai kira- kira 68 orang warga JAWHAR telah melafaz ikrar serta menandatangani IBR yang diketuai oleh Ketua Pengarah JAWHAR, YBrs. Tuan Haji Ahmad Musadad Bin Haji Sulaiman dan disaksikan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, YBhg. Dato’ Hj. Abdul Samat Kasah. Turut diselitkan dalam program ini ialah tayangan montaj IBR oleh SPRM.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.38 Subuh 05.48 Syuruk 07.02 Zohor 13.10 Asar 16.14 Maghrib 19.12 Isyak 20.20
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 24 September, 2018 @ 9:56 AM
Top