Awam Kerajaan Warga JAWHAR

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN IFTAR RAMADAN 1439H JAWHAR BERSAMA PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUSSAKINAH WAL-MAHABBAH

Pada 8 Jun 2018 bersamaan 23 Ramadhan 1439H, Kelab Kebajikan dan Sukan Jawhar (KKSJ) telah menganjurkan IFTAR RAMADHAN 1439h, bertempat di Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, di Aras 9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, Presint 3, 62100 Putrajaya. Antara program program yang dijalankan pada hari Iftar tersebut adalah program tahlil arwah, permohonan daripada pegawai dan kakitangan Jawhar untuk arwah ahli keluarga mereka.

Program berikutnya diteruskan dengan majlis khatam Al-Quran, peserta juga terdiri daripada pegawai dan kakitangan JAWHAR sendiri, Majlis diserikan lagi doa khatam quran dan penyampaian cenderahati kepada semua peserta khatam quran dan kepada semua warga JAWHAR serta diiringi dengan pemberian bunga telor, pulut kuning dan rendang kepada semua warga JAWHAR. Majlis pada sebelah pagi diakhiri dengan ucapan dari Pengerusi KKSJ ( JAWHAR ) kepada semua yang hadir dan sebelum berpisah Selawat Nabi ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW dilaungkan tanda cintanya kita kepada Baginda SAW sambil bermaaf-maafan diantara satu sama lain sempena Syawal yang bakal menjelang tiba dan buat julong kalinya Rakaman Takbir Hari Raya dibuat oleh JAWHAR bersama dengan Yayasan Wakaf Malaysia. Rakaman telah dibuat di ruang legar, Aras 9, Jawhar.

Pada jam 5.30 petang, program Iftar Ramadhan bermula dengan kehadiran warga Jawhar bersama dengan ahli keluarga. Majlis Iftar Ramadhan ini dimulakan dengan program munaqasyah ilmu yang telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Ariffin bin Joferi, Pegawai Hal Ehwal Islam (JAWHAR) dengan tajuk “ UMRAH DAN HAJI “. Majlis Iftar Ramadhan ini juga telah diserikan lagi dengan kehadiran anak anak dari Pertubuhan Kebajikan Baitussakinah Wal-Mahabbah dari Kota Warisan, kehadiran mereka seramai 30 orang yang berusia dari 4 hingga 14 tahun, perempuan 16 orang dan lelaki 14 orang. Anak anak ini ditemani oleh penjaga mereka seramai 4 orang. Selain dari majlis berbuka puasa, majlis diteruskan dengan solat maghrib berjamaah dan dikukit dengan makan malam.

Majlis Iftar Ramadhan diakhiri dengan pemberian barangan keperluan asas kepada Pertubuhan tersebut dan penyampaian duit raya dan cenderahati kepada anak anak pertubuhan. Pemberian dan penyampaian telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JAWHAR iaitu Tuan Haji Ahmad Musadad bin Haji Sulaiman manakala penyampaian cenderahati dan duit raya kepada anak anak warga Jawhar telah disampaikan oleh isteri Ketua Pengarah JAWHAR iaitu Puan Rasidah binti Ahmad.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 05.40 Subuh 05.50 Syuruk 07.10 Zohor 13.12 Asar 16.335 Maghrib 19.08 Isyak 20.23
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 17 Disember, 2018 @ 4:10 PM
Top