Majlis Inspirasi Musaadah Covid19 Di Marang, Terengganu
Marang , 18 Julai 2020| YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Ketua Pengarah,JAWHAR telah menghadiri Majlis Inspirasi Musaadah Covid19 kolaborasi JAWHAR, YAPEIM, Yayasan Waqaf Malaysia dan Yayasan Taqwa MAIWP dengan kerjasama MAIDAM, Terengganu bertempat di Dewan Orang Ramai, Kampung Sena Rendang, Bukit Payong, Marang, Terengganu. Majlis penyampaian sumbangan bernilai RM21,000.00 kepada 200 orang penerima disempurnakan oleh YB Senator Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama. Turut hadir YB Haji Mohd. Nor bin Hamzah, EXCO Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu/ADUN Bukit Payong.