Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2011

Tanggal 7 Mei 2012 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah berlangsungnya Majlis Anugerah Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri 2011 yang bertemakan “Kecemerlangan Menjana Transformasi”. Majlis ini merupakan gabungan empat (4) majlis iaitu Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Majlis Anugerah Inovasi JPM, Majlis Anugerah Pencapaian Pengurusan dan Anugerah Pencapaian Sukan dan Sosial yang telah mula diperkenalkan mulai tahun 2010 sebagai satu inisiatif ke arah menjimatkan perbelanjaan Kerajaan.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) merupakan penghargaan Kerajaan kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang. Pada tahun ini penerima APC adalah seramai 985 pegawai daripada 41 Jabatan/Agensi JPM termasuk (6) orang pegawai Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) iaitu Encik Mohd Bakri bin Ibrahim, Encik Sabarudin bin Hasan, Encik Ridzuan bin Awang, Encik Zainal bin Hj. Yusoh, Cik Muzazila binti Mustari dan Cik Hawariah binti Mohamad Anuar.

Pada tahun ini juga, JAWHAR telah melakar sejarah tersendiri dengan  memperoleh tempat kedua dalam Anugerah inovasi JPM kategori non-ICT dengan memperkenalkan Projek Pembangunan Tanah Wakaf (Hotel Pantai Puteri Tanjung Kling, Melaka). Projek ini merupakan transformasi ke atas tanah wakaf yang berdaya maju kepada bentuk pembangunan komersial bagi menjana pendapatan kepada umat Islam di samping mengubah persepsi masyarakat Islam mengenai penggunaan tanah wakaf. Pemenang tempat pertama bagi kategori ini ialah Projek Rumah Adalah Pejabat yang diperkenalkan oleh Jabatan Peguam Negara manakala tempat ketiga ialah Projek Penyediaan Kemudahan Berkursus di Rumah Penginapan Persekutuan oleh Bahagian Pembangunan Hartanah.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para penerima Anugerah Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri 2011. Semoga kejayaan yang ditempa menjadi pendorong kepada semua warga JAWHAR untuk mengekalkan dan mempertingkatkan prestasi kecemerlangan dan kejayaan pada masa hadapan.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top