Awam Kerajaan Warga JAWHAR

LAWATAN UKHUWAH KE PUSAT JAGAAN RUMAH ANAK-ANAK YATIM ANJURAN KKSJ DAN PUSPANITA JAWHAR

IMG_5546

Tanggal  1 Julai 2015, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan (KKSJ) serta Puspanita Cawangan Kecil JAWHAR telah mengadakan lawatan ukhuwah ke empat pusat jagaan rumah anak-anak yatim/asnaf bertempat di sekitar kawasan Banting dan Kajang dan Bandar Baru Bangi, Selangor.

Program lawatan ukhuwah ini telah disertai oleh seramai 17 orang wakil KKSJ dan Puspanita yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JAWHAR.  Tujuan utama lawatan ini di adakan adalah bagi menghulurkan sumbangan Ramadhan kepada anak-anak yatim dan asnaf yang memerlukan. Lokasi- lokasi pusat jagaan rumah anak-anak yatim/asnaf yang dilawati ialah Rumah Amal Raudatul Jannah, Olak Lempit dan rumah anak yatim & Asnaf As-Solihin yang kedua-duanya terletak di Banting manakala dua lagi pusat jagaan yang dikunjungi ialah Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim Muhamda Al-Fateh di Taman Ramal Ros, Kajang dan Rumah Bakti Al-Kausar yang terletak di Bandar Baru Bangi.

Lawatan yang amat bermakna ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran kepada seluruh warga JAWHAR tentang erti keprihatinan dan kasih sayang di antara umat Islam lebih-lebih lagi bagi golongan yang amat memerlukan.

Hasrat seluruh warga JAWHAR untuk menyalurkan sumbangan ikhlas dalam membantu anak-anak yatim/asnaf ini telah dimakbulkan berkat doa dan kerjasama erat daripada seluruh warganya. Di harap JAWHAR dapat meneruskan usaha murni ini di masa-masa akan datang.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.34 Subuh 5.44 Syuruk 07.06 Zohor 13.19 Asar 16.45 Maghrib 19.28 Isyak 20.44
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 2 Julai, 2020 @ 3:13 PM
Top