Awam Kerajaan Warga JAWHAR

LAWATAN TIMBALAN MENTERI DI JPM (HAL-EHWAL AGAMA) KE JAWHAR

PUTRAJAYA 21 Ogos 2015, YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan lawatan kerja ke JAWHAR. Ia dihadiri oleh seluruh warga JAWHAR dan beberapa pegawai dari Yayasan Waqaf Malaysia (YWM).

Majlis dimulai dengan ucapan aluan oleh YBhg. Datuk Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkunjung ke JAWHAR. Lebih membanggakan lagi, JAWHAR merupakan jabatan/agensi pertama antara agensi-agensi agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang dikunjungi oleh YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sejak beliau dilantik ke jawatan Timbalan Menteri pada 28 Julai 2015 yang lalu.

Acara seterusnya disusuli dengan ucapan dan amanat oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau mengucapkan terima kasih atas jemputan JAWHAR dan amat berbesar hati dapat bertemu dengan seluruh warga JAWHAR. Beliau berharap agar jalinan ukhuwwah dan kerjasama ini berpanjangan.

Dalam ucapannya, beliau telah menyentuh tentang pentingnya rakyat memahami kedudukan Islam seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Negara Malaysia yang membolehkan kerajaan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri dapat merencana pelbagai agenda dan program-program agama untuk memartabatkan syiar Islam walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran. Penubuhan JAWHAR misalnya, adalah untuk merencana pelbagai agenda dan program-program yang dapat membantu memperkembangkan lagi sosio ekonomi ummah khususnya dalam bidang-bidang teras seperti wakaf, zakat, mal dan haji/umrah. Walaupun penubuhan JAWHAR dilihat seperti ada pertindihan peranan dengan jabatan/agensi lain sedia ada, namun ia bukanlah satu masalah. Bahkan semua agenda dan program-program untuk meningkatkan syiar Islam dapat direncana dan disusun dengan lebih berhikmah.

Beliau juga menekankan pentingya institusi agama seperti JAWHAR untuk mewujudkan sinergi dalam melaksanakan peranannya. Contohnya, penggembelengan tenaga dengan dunia akademik atau badan korporat dalam melaksanakan sesuatu kajian ilmiah dan sebagainya, mampu menghasilkan natijah yang optimum jika dilakukan secara serius. Begitu juga dalam isu media sosial. JAWHAR perlu mengambil peluang perkembangan media sosial atau media alternatif kini untuk mempromosikan peranan dan program-program JAWHAR.

Selain itu, beliau sempat memuji pengenalan sistem e-khairat yang dibangunkan oleh JAWHAR seperti yang telah dirasmikan pelancarannya oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri sempena Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2015 di Palm Garden Hotel, IOI Resort, Putrajaya pada 20 Ogos 2015 yang lalu. Pengenalan sistem ini dilihat tepat pada waktunya khususnya dalam berdepan dengan isu pemungut derma/sedekah. Sistem ini juga sebagai satu medium untuk menyantuni kehendak rakyat yang mana melalui sistem tersebut orang ramai dapat menyemak status pemungut derma atau sedekah di negeri-negeri. Begitu juga dengan penerbitan buku “al-Barakah” atau ikon asnaf yang telah didokumentarikan, merupakan produk JAWHAR yang boleh dibanggakan khususnya oleh umat Islam seluruhnya.

IMG_6162

(YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sedang mengadakan perbincangan bersama YBhg. Datuk Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR)

IMG_6175

YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sedang bersalaman dengan warga JAWHAR dengan diiringi oleh YBhg. Datuk Ketua Pengarah JAWHAR

IMG_6198

YBhg. Datuk Haji Anan bin C. Mohd (kanan) sedang menyampaikan ucapan aluan dan seterusnya memberikan taklimat mengenai JAWHAR

IMG_6233

YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sedang menyampaikan ucapan dan amanat sempena lawatan kerja beliau ke JAWHAR

IMG_6238 IMG_6258

YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sedang menandatangani buku pelawat sambil diperhatikan oleh YBhg. Datuk Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pengarah JAWHAR ( kanan) dan YBrs. Encik Ahmad Musadad bin Haji Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR (kiri).

IMG_6278

Warga JAWHAR bergambar kenangan bersama YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (duduk di tengah)

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top