Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Lawatan Rasmi YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor

09 Oktober 2012 bersamaan 23 Zulkaedah 1433H, JAWHAR telah menerima kunjungan rasmi daripada YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor, Pengerusi Majlis Universiti Islam Malaysia (MUIM). Lawatan itu turut disertai seramai 6 orang delegasi dan merupakan lawatan pertama YBhg. Tan Sri ke JAWHAR dalam usaha merealisasikan impian bagi menjalinkan kerjasama pintar antara dua (2) agensi.

Program lawatan yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Ketua Pengarah JAWHAR dimulakan dengan taklimat mengenai JAWHAR, peranan dan kemajuan yang telah dicapai seterusnya perbincangan mengenai cadangan kerjasama antara JAWHAR dan MUIM. Perbincangan lanjut turut menyentuh mengenai prospek dan halatuju pembangunan hartanah wakaf yang kian mendapat perhatian umum pada masa kini dan juga usaha penubuhan universiti wakaf di Malaysia.

JAWHAR merakamkan ribuan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri beserta delegasi yang sudi berkunjung ke JAWHAR. Lawatan ini berakhir jam 5.00 petang dan kedua-dua pihak iaitu JAWHAR dan MUIM telah menyatakan komitmen untuk bekerjasama dengan lebih erat lagi pada masa akan datang.

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top