Awam Kerajaan Warga JAWHAR

Lawatan Penyelidikan Institusi Kajian Zakat Malaysia(IKaZ) Dari Uitm ke Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)

Putrajaya, 9 Julai 2012 – Seramai 8 orang yang terdiri daripada pensyarah dan kakitangan dari Universiti Teknologi Mara Malaysia, telah mengadakan lawatan rasmi ke Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR).

Ketibaan IKaZ ke  JAWHAR  pada jam 2.30 petang disambut oleh pegawai-pegawai dan kakitangan JAWHAR.

Majlis bermula dengan ucapan ‘SelamatDatang’ oleh Ketua Pengarah JAWHAR, Y.Bhg Datuk Haji Anan bin C.Mohd. Beliau dalam ucapan aluannya mengucapkan terimakasih atas kesudian institusi ini mengadakan lawatan rasmi ke jabatan ini.

Dalam pada itu juga,  En.Baharuddin Sayin selaku wakil dari IKAZ merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas kesudian JAWHAR  menerima lawatan ini.

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran dan maklumat secara menyeluruh berhubung aktiviti pewakafan yang  melibatkan aspek pembangunan wakaf  yang  telah dilaksanakan oleh JAWHAR sebagai sebuah agensi kerajaan di peringkat Persekutuan.

 

Dalam sesi lawatan ini, ahli rombongan IKaZ telah diberi pendedahan berhubung projek pembangunan wakaf yang telah dilaksanakan oleh JAWHAR.

Maklumat ini penting bagi IKaZ dalam usaha memantapkan kajian institusi berkenaan yang bertajuk Governance and Investment of Waqf in Malaysia.

Lawatan ini juga antara lain untuk merapatkan lagi hubungan antara kedua pihak berhubung pengurusan wakaf di Malaysia.Ini selari dengan peranan JAWHAR sebagai agensi yang berperanan dalam memantapkan pengurusan wakaf di Negara ini.

164 50 successful ivy league application http://pro-essay-writer.com/ essays!

Waktu Solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Sewaktu Dengannya

Imsak 5.30 Subuh 5.40 Syuruk 06.56 Zohor 13.00 Asar 16.19 Maghrib 18.59 Isyak 20.09
Arab Saudi
Malaysia
SIRIM IQNet SIRIM QAS MPC
Hubungi JAWHAR
Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
Aras 8-9, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3,
62100 Putrajaya, Malaysia
Talian Awam
Telefon: +(6) 03-8883 7400
Faks: +(6) 03-8883 7406
Emel: pejabatam[at]jawhar[dot]gov[dot]my
Statistik
Kemaskini Terakhir: 27 November, 2020 @ 11:47 AM
Top